Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
164) PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan telah disalurkan dalam perkhidmatan setakat ini?
Peruntukan yang disalurkan bagi menyediakan kemudahan WiFi Selangorku ini adalah sebanyak RM 2,747,959.86 yang melibatkan sewaan kemudahan internet sebanyak 112 lokasi selama 2 tahun di seluruh negeri Selangor. Peruntukan ini dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi Geran Selangorku
-
Dimanakah lokasinya perkhidmatan ini?
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasan- kawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.
-
Adakah rancangan tersebut diperluaskan ke bahagian selatan Selangor iaitu DUN Sg Pelek?
Daripada program perkhidmatan WiFi Selangorku ini dua lokasi WiFi di DUN Sg Pelek setakat ini adalah di
- PKM Bandar Baru Salak Tinggi
- Pusat Penjaja Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi