Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

106) PERKHIDMATAN PUSAT URUT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah justifikasi atau garis panduan dalam pengeluaran lesen perkhidmatan pusat urut?

    Garis Panduan yang digunakan di dalam pengeluaran Lesen Pusat Penjagaan Kesihatan adalah berpandukan Undang-Undang Kecil Pusat Penjagaan Kesihatan Dan Kecantikan mengikut PBT masing-masing dan Garis Panduan daripada Kerajaan Negeri dari masa ke semasa di antaranya adalah:

    • Waktu perniagaan pusat kesihatan dan tempat mengurut hanya dibenarkan dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 pagi sahaja.
    • Tidak dibenarkan menggunakan pekerja asing tanpa izin.
    • Tukang urut lelaki hanya dibenarkan mengurut lelaki sahaja dan sebaliknya.
    • Pemegang lesen hendaklah memastikan premis digunakan untuk tujuan rawatan mengurut memulihkan kesegaran kesihatan sahaja. Kegiatan menyalahgunakan premis seperti menyedia dan menawarkan perkhidmatan seks, pelacuran, perjudian, salah guna dadah atau apaapa jenis kelakuan yang tidak senonoh dan tidak bermoral adalah dilarang sama sekali.

     

    • Tidak dibenarkan apa-apa hiburan di dalam premis ini.
    • Pemegang lesen hendaklah mengadakan tempat rawatan dan mengurut secara konsep terbuka yang hanya menggunakan langsir atau skrin yang tidak melebihi 2 meter dari lantai bagi memisahkan katil-katil yang digunakan untuk mengurutan
    • Pekerja yang memberikan rawatan dan urutan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan sekali oleh seorang pegawai perubatan seperti yang ditetapkan
      1. Pemeriksaan fizikal
      2. X-Ray dada
      3. VDRL
      4. HIV
      5. Hepatitis B
      6. Blood Film for Malaria Parasite
      7. Urine Morphine and Cannabinoid
    • Pemegang lesen hendaklah menyediakan pakaian seragam tertentu kepada pekerja atau pengurutnya dan memastikan pekerja atau pengurutnya memakai pakaian seragam tersebut semasa menjalankan rawatan mengurut.
    • Pemegang lesen dilarang mengambil pengurut yang berumur di bawah 21 tahun dan mengambil pekerja di pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan di bawah umur 18 tahun.

     

  2. Apakah perbezaan bagi lesen perniagaan rumah istirahat, hiburan dan siber kafe?

    Perbezaan bagi lesen perniagaan rumah istirahat, hiburan dan siber kafeialah :-

    1. Pusat Hiburan dibahagikan kepada 3 kategori berdasarkan jenis aktiviti hiburan, kesan kewujudan serta aspek pengawalannya ;

    a- Pusat Hiburan Awam b- Pusat Istirahat

    c- Pusat Hiburan Keluarga

    • a) Pusat Hiburan Awam

     

    Pusat Hiburan di bawah kategori  ini mesti mempunyai komponen ruang yang selesa dan luas untuk pengunjungnya melakukan aktivitiaktiviti seperti tarian, mendengar muzik, makan dan minum serta aktiviti riadah.  Jenis-jenis hiburan yang dimasukkan di bawah kategori ini adalah :-

    1. Disko
    2. Dewan Tarian
    3. Kabaret
    4. Karaoke / Kelab Malam
    5. Pub
    6. Dangdut
    • b) Pusat Istirahat

    Kategori ini adalah berdasarkan kepada ruang untuk berehat serta disediakan makan dan minum sambil diiringi persembahan muzik.

    Jenis-jenis hiburan di bawah kategori ini adalah seperti berikut :-

    1. Lounge
    2. Kafe (tidak termasuk kafe siber)
    3. Karaoke keluarga
    4. Snuker
    • Pusat Hiburan Keluarga

    Pusat Hiburan Keluarga merupakan satu ruang yang luas yang menyediakan beberapa bentuk hiburan seperti “Kiddy Ride”, mesin “Simulator’ dan beberapa bentuk hiburan yang lain yang sesuai digunakan oleh semua anggota keluarga termasuk anak-anak.

    • Pusat Siber / Siber Kafe

    Pusat Siber dan Kafe Siber merupakan satu tempat yang menyediakan kemudahan komputer serta Internet untuk mendapatkan maklumat, pendidikan dan hiburan. Makanan dan minuman boleh dijual kepada pengunjung.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.