Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
12) PERKHIDMATAN PERCUMA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kawasan atau daerah yang telah mendapat wi-fi percuma Kerajaan Negeri Selangor?
Pada masa ini, terdapat 7 (tujuh) lokasi yang telah disediakan kemudahan wifi
percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu di :Pelaksanaan di Kawasan
Kepadatan Penduduk Tinggi
Pelaksanaan di Kawasan
kepadatan Penduduk Sederhana
/ Rendah
i. Dataran Shah Alam (Sekitar
Menara Jam)
ii. Kompleks PKNS Shah Alam
(berhadapan restoran KFC dan
Tasik Shah Alam)
iii. Medan Selera Prima 2, Seksyen
2, Shah Alam
iv. Seksyen 3 (sekitar kawasan
Restoran Khalifah, Syed dan
Sekolah Kebangsaan Raja Muda
Seksyen 4, Shah Alam)
v.Seksyen 9 (Sekitar kawasan
Oasis)
i. Kuala Kubu Baharu, Hulu
Selangor (sekitar kawasan
Restoran Fazillah Maju)
ii. Medan Selera Majlis Daerah
Hulu Selangor, Batang Kali -
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi wi-fi percuma ke daerah Cheras/Balakong?
Kerajaan sememangnya mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi
perkhidmatan Wifi percuma ini kepada masyarakat di Negeri Selangor secara
berperingkat. Ini termasuk di kawasan Cheras/Balakong. Walau bagaimanapun dari
sudut keseluruhan model pelaksanaannya, ia masih dalam peringkat kajian yang
mendalam dari sudut pelan perniagaan atau terma-termanya bagi memberikan
keuntungan kepada semua pihak yang terlibat (Kerajaan, masyarakat dan penyedia
perkhidmatan (ISP). -
Apakah masalah yang dihadapi dan rancangan bagi mengatasi masalah ini?
Beberapa masalah yang dikenal pasti serta cadangan penyelesaian bagi
mengatasinya adalah seperti berikut :-
Bil Masalah Cadangan Penyelesaian
1 Penawaran perkhidmatan Wifi
yang memenuhi keperluan
pengguna serta kerajaan.
i. Peluang capaian sama rata di mana
setiap pengguna mempunyai kelajuan 384
mbps untuk muat turun maksimum dan
session selama 30 minit. Ini bagi
membenarkan lebih ramai orang
berpeluang menggunakannya pada satusatu masa.
ii. menggalakkan pengguna untuk
menggunakan aplikasi-aplikasi Kerajaan
elektronik di mana semua pengguna akan
menerima landing pagi (website kerajaan
negeri) di awal capaian.
2 Rangkaian perkhidmatan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)
Kerajaan Negeri bercadang bagi fasa
pertama penubuhannya (tahun pertama),
kerajaan akan menanggung kos tersebut.
Tetapi bai tahun-tahun berikutnya PBT
yang berkenaan akan diminta untuk
mencari alternatif bagi membiayai kos
tersebut sebagai satu lagi cabang
perkhidmatan di bawah PBT.
3 Tapak pemasangan peralatan
Wifi
Setakat ini, pendekatan yang diambil
adalah menggunakan premis atau
infrastruktur sedia ada PBT bagi
memudahkan pengurusan utiliti dan aktiviti
penyelenggaraan.
4 Penglibatan Anak Syarikat
Kerajaan Negeri (GLC)
Menggalakkan setiap GLC menyediakan
perkhidmatan Wifi percuma kepada
masyarakat di sekitar premis atu territory.
5 Penglibatan pihak industri Menggalakkan pihak industri untuk sama
terlibat dengan usaha penyediaan wifi
percuma ini sebagai salah satu Corporate
Social Responsibility (CSR) mereka kepada
masyarakat.
6 Promosi dan Publisiti Menggunakan semua medium perantaraan
maklumat seperti billboard, laman web dan
sebagainya untuk membuat hebahan
kepada masyarakat mengenai
perkhidmatan wifi ini.