Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

203) PERKHIDMATAN PERAWATAN DOMISILIARI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat dan objektif pelaksanaan program ini?

    Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) adalah satu perkhidmatan perawatan holistik yang diberikan kepada kes terlantar yang stabil dan memerlukan kesinambungan penjagaan serta perawatan selepas discaj dari hospital atau rujukan dari klinik kesihatan.

    OBJEKTIF UMUM

    Untuk membantu dalam perawatan dan penjagaan pesakit yang terlantar di rumah ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit.

    OBJEKTIF KHUSUS

    • Membantu pesakit meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital.
    • Memberi tunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga bagi meningkatkan penjagaan kendiri.
    • Menggalakan penyertaan keluarga dan masyarakat dalam pengendalian pesakit terlantar bagi mengurangkan kemasukan semula ke hospital.
  2. Nyatakan jumlah lawatan dan rawatan yang telah dilaksanakan pada 2016

    Jumlah lawatan dan rawatan yang telah dilaksanakan pada 2016 adalah seperti jadual di bawah:-

    DAERAH BIL  KES
    Gombak 32
    Petaling 60
    Hulu Langat 74
    Klang 60
    Hulu Selangor 26
    Kuala Langat 19
    Sabak Bernam 21
    Kuala Selangor 19
    Sepang 25
    JUMLAH 336
  3. Nyatakan jumlah pesakit yang berpenyakit kronik di kawasan desa.

    Jumlah pesakit yang berpenyakit kronik kawasan desa di daerah-daerah Negeri Selangor

    DAERAH STROK TRAUMATIC

    BRAIN

    INJURY

    SPINAL CORD

    INJURY

    CEREBRAL PALSY KANSER LAIN-LAIN
    Gombak 21 1 1     9
    Petaling 52 2     1 5
    Hulu Langat 57 3 2   6 6
    Klang 34 4 5   2 15
    Hulu Selangor 13 3   2   8
    Kuala Langat 11 1 3 1 2 1
    Sabak Bernam 17     2 1 1
    Kuala Selangor 16 1 1   1  
    Sepang 21         4
    JUMLAH 242 15 12 5 13 49

Lampiran

Tiada Lampiran.