Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

143) PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perkhidmatan Bas SMART Selangor dilihat mendapat sambutan dari pengguna pengangkutan awam. Memandangkan Bas Smart Selangor tidak dapat mencapai banyak lokasi yang terpencil dan padat penduduk, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor menjadi lebih meluas dan cekap?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum kekangan penggunaan Bas Smart Selangor bersaiz biasa kerana tidak dapat mencapai lokasi-lokasi terpencil dan padat. Oleh yang demikian, bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Selangor, pelaksanaan program Bas Smart Selangor telah dijenamakan semula kepada Selangor Mobility. Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dalam proses kajian bagi melaksanakan Demand-Responsive Transit (DRT) sebagai Fasa Pertama Selangor Mobility. DRT akan melibatkan penggunaan mod pengangkutan berkapasiti kecil untuk menampung keperluan pengangkutan awam di laluan-laluan sempit dan berpendudukan padat yang tidak boleh dimasuki oleh Bas Smart Selangor sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.