Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
147) PERKHIDMATAN PEMBUANGAN SAMPAH DI KAMPUNG MELAYU TRADISIONAL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kita sering melihat penduduk kampung berdepan dengan masalah pembuangan sampah di kawasan mereka yang tidak menerima sebarang perkhidmatan pelupusan sampah daripada pihak PBT. Adakah kerajaan negeri ataupun PBT mempunyai cadangan untuk memberi perkhidmatan mengangkat sampah secara percuma kepada penduduk kampung ?
Kerajaan Negeri tiada mempunyai sebarang cadangan untuk memberikan perkhidmatan kutipan sampah secara percuma kepada penduduk kampung. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga tiada cadangan untuk memberikan perkhidmatan kutipan sampah secara percuma memandangkan kos yang dikeluarkan untuk pelupusan sampah terlalu tinggi
-
Apakah kerajaan negeri atau PBT mempunyai rancangan jangka panjang ataupun mekanisme untuk menangani masalah pembuangan sampah di kawasan kampung ?
Bagi kawasan Kampung Melayu, pihak MBSA telah memberikan perkhidmatan kutipan sampah di mana pihak majlis telah menyediakan pusat-pusat pengumpulan sampah secara berpusat ‘bin point’ bagi kemudahan penduduk kampung. Pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mempunyai cadangan bagi mengenakan cukai taksiran mengikut kadar yang tertentu di kawasan kampung bagi membolehkan perkhidmatan pungutan sampah diberikan. Namun sehingga kini, perancangan ini masih belum dilaksanakan.