Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
355) PERKHIDMATAN KONTRAKTOR KDEB
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri punya pusat aduan terhadap perkhidmatan KDEB di PBT-PBT bagi 2020-2023?
Semua aduan berkenaan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam yang dilaksanakan oleh KDEB boleh dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Centralized Command Center (CCC), atau hadir sendiri ke PBT yang berkenaan.
-
Berapakah jumlah dan jenis aduan rakyat terhadap khidmat KDEB di MPKj pada 2020-2023?
Jumlah aduan dan jenis aduan mengenai pengurusan kutipan sampah dan pembersihan awam oleh KDEBWM yang diterima oleh MPKj adalah seperti berikut:
-
Berapa lamakah tempoh penyelesaian masalah yang ditentukan oleh MPKj bagi KDEB menyelesaikan aduan-aduan rakyat?
Semua aduan yang berkaitan perkhidmatan KDEB yang dilaporkan kepada MPKj akan disiasat dengan segera dan pihak KDEB akan diberi tempoh 2 jam untuk menyelesaikan aduan tersebut. Sekiranya aduan tersebut tidak diselesaikan dalam tempoh 2 jam, Notis Ketidakpatuhan akan dikeluarkan.