Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

105) PERKHIDMATAN HEMODIALISIS KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pusat dialisis di bawah kerajaan Selangor?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Panel Dialisis Sihat Selangor (PDSS) dengan melantik pusat rawatan yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebagai Panel Dialisis. Panel Dialisis ini akan memberi rawatan kepada pesakit dialisis yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri, seterusnya mengemukakan tuntutan bayaran seperti yang telah diluluskan. Pada masa ini, terdapat 72 buah Panel Dialisis yang bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri di seluruh Negeri Selangor dan juga yang bersempadanan.

  2. Adakah caj bayaran perkhidmatan mengikut caj pasaran semasa?

    Caj bayaran rawatan dialisis adalah mengikut caj pasaran semasa.

  3. Berapakah bilangan pesakit medapat manfaat Skim Sihat Selangor?

    Bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri menganggarkan lebih 1,000 orang pesakit akan menerima manfaat daripada pelaksanaan Program PDSS ini. Sehingga 20 Julai 2017, sebanyak 827 permohonan telah diterima untuk dipertimbangkan bagi mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.