Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

217) PERKHIDMATAN E-BIL AIR SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan e-bil Air Selangor mengikut wilayah setakat ini.

    Setakat 28 Februari 2018, pelanggan yang bersetuju untuk menerima bil air melalui e-mel adalah sebanyak 192,640 iaitu bersamaan 9% dari keseluruhan pelanggan.

    Peratusan   pelanggan   yang   menggunakan  perkhidmatan  e-bil   Air                                                                                                                      Selangor mengikut wilayah:

     

    WILAYAH BILANGAN AKAUN %
    PETALING 50,196 26.1
    KLANG 30,611 15.9
    GOMBAK 25,752 13.4
    HULU LANGAT 24,907 12.9
    KUALA LUMPUR 20,689 10.7
    HULU SELANGOR 12,125 6.3
    SEPANG 14,945 7.8
    KUALA LANGAT 6,661 3.5
    KUALA SELANGOR 4,959 2.6
    SABAK BERNAM 1,795 0.9
    JUMLAH 192,640 100
  2. Nyatakan langkah-langkah Air Selangor yang diambil bagi memastikan perkhidmatan pos boleh menghantar bil air ke rumah pelanggan tanpa kelewatan.

    Langkah-langkah yang diambil Air Selangor bagi memastikan perkhidmatan pos boleh menghantar bil air ke rumah pelanggan tanpa kelewatan:

    • Perbincangan bersama pihak Pos Malaysia berkenaan kelewatan penghantaran bil air kepada pelanggan Air Selangor dan pihak Pos Malaysia memberi jaminan untuk mengatasinya

     

    • Pihak Pos Malaysia memaklumkan terdapat lebih kurang 18,000 pengguna di Selangor yang menggunakan Pusat Pungutan Setempat seperti kedai runcit, rumah penghulu dan sebagainya untuk menerima surat mereka. Air Selangor sedang berusaha untuk mengenalpasti akaun-akaun yang terbabit dengan bantuan Pos Malaysia supaya bil-bil air tersebut akan diserahkan oleh kakitangan Air Selangor ke alamat premis

Lampiran

Tiada Lampiran.