Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
212) PERKHIDMATAN BUS KOMUNITI DI MBPJ
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Secara purata berapakah ramai penduduk yang menggunakan bus komuniti setiap bulan?
Bas Komuniti ini disediakan bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah warga emas secara percuma di Petaling Jaya. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempunyai 2 buah Bas Komuniti untuk di kawasan Utara Petaling Jaya (PJU) dan kawasan Selatan Petaling Jaya (PJS).
Purata sebulan penumpang yang menggunakan bas komuniti setiap bulan bagi kawasan PJU adalah seramai 1,000 orang penumpang dan kawasan PJS seramai 1,500 orang penumpang.
-
Adakah konsep bas komuniti akan dilaksanakan di PBT lain? Mengapa?
Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan di sekitar Lembah Klang Perkhidmatan Bas Komuniti dan semua PBT namun demikian penelitian sedang di jalankan bagi melihat impak terhadap kewangan PBT berikutan ianya melibatkan kos. Walau bagaimanapun bagi PBT yang mempunyai kewangan yang kukuh Kerajaan Negeri tiada halangan dalam pelaksanaan perkhidmatan Bas Komuniti seperti ini.