Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
310) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah servis bas Smart Selangor di kawasan Putra Perdana yang memiliki penduduk hampir 200 ribu orang?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Sepang sentiasa membuat pemantauan dalam mengenal pasti keperluan dalam meningkatkan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang berkualiti dan efisien di Selangor. Walaupun sesuatu kawasan berkenaan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tidak semua laluan boleh dipertimbang untuk dijadikan sebagai laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Ini kerana Bas Smart Selangor telah diputuskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) supaya tidak boleh memasuki laluan yang telah ditentukan mengikut zoning kepada operator bas sedia ada dan keperluan bas awam atau bas henti-henti yang lain.
Oleh itu, Bas Smart Selangor disediakan hanyalah untuk menampung kekosongan laluan dengan mengutamakan laluan sosial yang tidak dilalui bas sedia ada dan perlu mendapat kelulusan APAD. Memandangkan Bandar Putra Perdana adalah kawasan yang telah diputuskan oleh APAD sebagai kawasan untuk bas henti-henti, tiada perkhidmatan Bas Smart Selangor disediakan di kawasan Bandar Putra Perdana.