Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

96) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah perkhidmatan Bas Smart Selangor akan dimulakan di kawasan Taman Matang Jaya hingga ke Hospital Sungai Buloh?

    Bas Smart Selangor tidak beroperasi di kawasan Hospital Sungai Buloh dan Matang Jaya. Walau bagaimanapun bas perantara di bawah projek MRT melalui Hospital Sungai Buloh – MRT Sungai.Buloh dan Bukit Rahman Putra – MRT Sungai.Buloh yang telah mula beroperasi pada 16 Disember 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.