Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

167) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGOR (SMART SELANGOR)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon berikan statistik jumlah pengguna perkhidmatan bas SMART Selangor bagi tempoh 5 tahun yang lepas dan nyatakan purata jumlah pengguna perkhidmatan bas SMART Selangor setiap hari.

    Statistik jumlah pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi tempoh 5 tahun yang lepas iaitu bagi tahun (2021-2017) adalah sebanyak 52,798,596 orang dan purata penumpang sehari adalah 28,915 orang. Perincian jumlah pengguna Bas Smart Selangor untuk tempoh 5 tahun adalah seperti di Lampiran A.

  2. Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri akan menambahkan kekerapan bas SMART Selangor dari 15 minit sekarang ke 5 minit sebagai contoh dan berapakah jumlah yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan perkhidmatan bas SMART Selangor?

    Pada masa ini, tiada perubahan terhadap kekerapan Bas Smart Selangor kerana faktor-faktor berikut:-

    • Jarak laluan masih sama dan tiada penambahan bas bagi mana-mana laluan;
    • Keadaan jalan raya dan trafik semasa yang tidak dapat dielakkan; dan
    • Kekangan peruntukan untuk menambah bilangan bas di mana PBT boleh menambah jumlah bas sekiranya mempunyai inisiatif sendiri dan peruntukan tambahan.
  3. Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri akan memperkenalkan laluan baharu bagi perkhidmatan bas SMART Selangor dan berapakah target jumlah penumpang sehari perkhidmatan bas SMART Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk memperkenalkan laluan baharu bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor berdasarkan kedudukan kewangan semasa dan peruntukan tahunan yang terhad untuk mengekalkan perkhidmatan sedia ada. Walau bagaimanapun, pihak PBT boleh mencadangkan laluan baharu dengan peruntukan sendiri serta mendapat kebenaran atau kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Namun demikian, penambahbaikan jaringan laluan serta perkhidmatan bas awam di Negeri Selangor seharusnya disediakan oleh APAD yang mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pengoperasian bas awam termasuk permit-permit laluan dan kelulusan beroperasi kepada syarikat bas awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.