Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
176) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos keseluruhan perkhidmatan Bas Percuma Selangor untuk setahun ?
Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi tahun 2016 untuk menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Kos tersebut meliputi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus.
-
Berapakah jumlah penumpang telah menggunakan perkhidmatan Bas Percuma Sejak mula operasi hingga 30 Jun 2016 ?
Sejak perkhidmatan bas ini mula beroperasi pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016 di sebelas (11) kawasan pentadbiran PBT, menggunakan 34 buah Bas Smart Selangor, jumlah penumpang yang dicatatkan adalah sebanyak 1,951,530 orang. Jumlah tersebut menunjukkan bahawa sambutan yang amat menggalakkan oleh rakyat terhadap perkhidmatan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat di Selangor. Statistik penumpang mengikut pecahan PBT adalah seperti berikut:
Statistik Penumpang Bas Smart Selangor Dari 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH PENUMPANG
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 591,788 2 Majlis Perbandaran Subang Jaya 444,415 3 Majlis Perbandaran Klang 227,400 4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 243,396 5 Majlis Perbandaran Kajang 344,903 6 Majlis Perbandaran Selayang 65,156 7 Majlis Perbandaran Sepang 4,252 8 Majlis Daerah Kuala Langat 9,417 9 Majlis Daerah Sabak Bernam 6,355 10 Majlis Daerah Kuala Selangor 4,185 11 Majlis Daerah Hulu Selangor 10,263 Jumlah Keseluruhan 1,951,530 -
Apakah pecahanya mengikut Pihak Berkuasa Tempatan ?
Sama seperti di SUB (a)