Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
183) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status perkhidmatan bas percuma yang dirancang untuk dikaji semula?
Laluan Bas Smart Selangor sedia ada masih kekal dan akan dikaji semula susulan daripada pengenalan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) pada bulan Oktober 2023 yang berperanan sebagai mod pengangkutan awam alternatif dan bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan pengangkutan awam di Negeri Selangor.
Pada masa ini, Pihak Berkuasa Tempatan sedang mengenal pasti semakan laluan Bas Smart Selangor sedia ada dengan mengambil kira permintaan dan kemampuan penyampaian perkhidmatan DRT pada masa akan datang. Cadangan tersebut akan dibawa kepada Kerajaan Negeri sebelum dapat dipanjangkan untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat.