Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

275) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah maksud dan tujuan utama inisiatif bas percuma yang dilaksanakan di Shah Alam dan beberapa PBT yang lain baru-baru ini?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah memperhalusi cadangan penyediakan kemudahan perkhidmatan bas secara percuma dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi merealisasikan inisiatif tersebut dengan dikenali sebagai Bas

    Untuk fasa pertama, Bas Selangorku dilancarkan di tiga (3) PBT iaitu di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan satu cadangan laluan yang telah dikenalpasti tidak menerima perkhidmatan bas awam sedia ada. Tujuan utama perkhidmatan Bas Selangorku adalah untuk memberikan kemudahan pengangkutan awam secara percuma kepada rakyat Selangor di samping membantu mengurangkan bebanan kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam serta mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan bandar.

    Oleh itu, Kerajaan Negeri yakin bahawa inisiatif yang dilaksanakan ini memberikan impak yang positif dan dapat menambahbaik sistem pengangkutan awam keseluruhannya secara berperingkat serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dalam mengutamakan keperluan dan aspirasi rakyat.

  2. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menanggung keseluruhan kos inisiatif tersebut?

    Bagi menjayakan fasa pertama perkhidmatan Bas Selangorku di kawasan MBSA, MPSJ dan MPK, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam kepada setiap PBT berkenaan bagi membiayai keseluruhan kos inisiatif tersebut sebanyak RM3,481,676.00. Jumlah keseluruhan yang ditanggung adalah melibatkan kos penyewaan bas termasuk cukai GST, rekabentuk wrapping dan keperluan promosi.

Lampiran

Tiada Lampiran.