Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
353) PERKHIDMATAN BAS AWAM DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kekangan dan kekurangan bas awam di Dusun Tua sangat tinggi sehingga melibatkan waktu menunggu yang teramat lama. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu untuk mengatasi masalah ini?
Pihak Rapid Bus Sdn. Bhd. memaklumkan pada masa kini terdapat 2 laluan perkhidmatan Rapid Bus yang beroperasi iaitu T406 dan T406B yang menghubungkan Sungai Lui dan Pangsun melibatkan 4 buah bas dengan kadar kekerapan 40 minit setiap bas dengan mengambilkira jarak jalan dan keadaan semasa lalulintas.
-
Bolehkah jumlah bas awam di Dusun Tua ditambah?
Tambahan jumlah bas bergantung kepada permintaan dan jumlah ‘Ridership’ bagi sesuatu kawasan. Bagi kawasan Dusun Tua jumlah 4 buah yang beroperasi adalah mencukupi berdasarkan jumlah catatan penumpang sedia ada berdasarkan rekod pihak Rapid Bus Sdn Bhd. Sebarang permohonan atau tambahan bilnagan bas boleh dibuat kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat Rapid Bus Sdn Bhd.