Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
181) PERKHIDMATAN BAS AWAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan bagi meluaskan perkhidmatan Bas Selangorku di Rawang dan Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, laluan sedia ada Perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan Rawang merangkumi Laluan MPS2A (Tesco Rawang-Rawang Perdana-Hentian Bas Rawang) dan Laluan MPS2B (Tesco Rawang- Hentian Bas Rawang-Taman Garing Utama). Namun demikian, kajian terperinci perlu dijalankan dengan mengambil kira pekhidmatan bas henti-henti sedia ada dan kos perlaksanaan serta peruntukan bagi laluan tersebut perlu dijalankan terlebih dahulu.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi perkhidmatan bas awam di kawasan Bandar Country Homes?
Terdapat cadangan bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan Bandar Country Homes bagi menghubungkan kawasan kediaman yang berkepadatan tinggi kepada perkhidmatan pendidikan dan kemudahan sedia ada di kawasan Rawang. Namun demikian, kajian terperinci perlu dijalankan dengan mengambil kira perkhidmatan bas henti-henti sedia ada dan kos perlaksanaan serta peruntukan bagi laluan tersebut perlu dijalankan terlebih dahulu.