Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
131) PERKHIDMATAN BAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menambah bilangan pengusaha perkhidmatan bas henti-henti sekitar Selangor?
Pendaftaran dan pelesenan perkhidmatan pengangkutan awam darat termasuk pengusaha perkhidmatan bas adalah di bawah bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Buat masa ini, TIADA inisiatif dalam menambah bilangan pengusaha perkhidmatan bas henti-henti di Selangor kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa dan perundangan Kerajaan Negeri. Sebaliknya, usaha lebih tertumpu kepada penambahbaikan pelan rangkaian bas, operasi dan infrastruktur bas serta penyelarasan perkhidmatan pengusaha bas henti-henti sedia ada dengan kerjasama pihak
Walaubagaimana pun, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan penambahbaikan dalam memastikan sistem pengangkutan awam Negeri Selangor dipertingkatkan. Inisiatif yang dirangka bagi menambahbaik pengangkutan awam adalah dengan:
- Menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (MPAS) yang bertindak sebagai pengendali/pelaksana induk atau penggubal dasar bagi sistem pengangkutan awam Selangor. Melalui penubuhan MPAS juga, satu Jawatankuasa Khas dibentuk khususnya untuk mengendalikan isu-isu teknikal dan membincangkan cadangan- cadangan baru pengangkutan awam yang dikemukakan untuk diputuskan oleh
- Memperluaskan lagi pelaksanaan program pengangkutan awam percuma iaitu perkhidmatan bas komuniti secara berperingkat melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan memastikan program ini kekal untuk jangka masa yang
- Memastikan pelaksanaan projek-projek pengankutan awam darat
seperti LRT 3 dan MRT 2 diselaraskan dengan Rancangan Struktur Negeri (RSN).
- Menyokong pelaksanaan Bus Rapid Transit (BRT) yang dijangka dapat membantu usaha Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian yang menyebabkan masalah kesesakan jalanraya di kawasan
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) dengan pelaksanaan projek perintis di daerah Kuala Langat iaitu Projek Penambahbaikan Bas Henti-henti atau Commuter Bus Improvement Project (CBIP). Pihak SPAD sebagai pihak yang berwajib dalam hal perkhidmatan pengangkutan awam darat telah memaklumkan bahawa Projek Perintis ini berada di fasa pelaksanaan iaitu proses tender untuk projek bas henti-henti di daerah Kuala Langat dijangka bermula pada awal tahun 2015. Bagi daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, pula berada di dalam proses akhir rangka Pelan Rangkaian Bas dan Operasi Bas.
-
Apakah mekanisme Kerajaan Negeri dalam memastikan pengusaha bas henti- henti memberikan khidmat yang baik kepada pengguna ?
Elemen pemantauan dan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam darat adalah juga di bawah bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) telah dimaklumkan oleh pihak SPAD sebagai pihak yang berwajib dalam hal perkhidmatan pengangkutan awam darat bahawa Projek CBIP akan dilengkapi dengan sistem pemantauan terhadap setiap bas henti-henti yang beroperasi bagi memastikan keseluruhan “trip” ditetapkan dipenuhi. Semua pengusaha bas henti-henti yang terlibat akan diagihkan dengan laluan yang sama rata termasuk “sosial route”.