Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
157) PERKHIDMATAN AMBULANS PERCUMA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemudahan ambulans di kawasan luar bandar khususnya di DUN Sungai Kandis?
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan No. 301 daripada ADN Seri Kembangan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan inisiatif Ambulans Kita Selangor bermula pada tahun ini. Mekanisme pelaksanaan inisiatif Ambulans Kita Selangor masih lagi di peringkat perbincangan oleh Kerajaan Negeri bersama dengan pemegang taruh yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan objektif inisiatif ini iaitu menyediakan perkhidmatan ambulans secara percuma kepada golongan yang memerlukan tercapai.
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh memperkenalkan subsidi untuk perkhidmatan ambulans swasta supaya lebih ramai dapat mengaksesnya?
Berhubungan cadangan pemberian subsidi bagi perkhidmatan ambulans swasta, perkara ini akan diteliti oleh Kerajaan Negeri sama ada ianya boleh diselaras di bawah inisiatif kesihatan sedia ada atau dijadikan sebagai salah satu komponen di bawah Program Ambulans Kita Selangor tertakluk kepada kewangan Kerajaan Negeri.