Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
100) PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah aduan kes bil air yang tinggi?
Sebanyak 46,114 aduan bil air tinggi telah direkodkan sepanjang tahun 2022.
Punca utama bil air tinggi mengikut peratusan berdasarkan bilangan aduan tersebut adalah:
- Penggunaan air yang tinggi pada kadar 44%.
- Sistem perpaipan dalaman disyaki bocor pada kadar 16%.
- Bacaan anggaran disebabkan halangan di tapak dan kesilapan bacaan pada kadar 12%.
-
Apakah kelebihan yang akan dapat dinikmati dengan menggunakan e-Bil?
Antara kelebihan dan faedah e-Bil adalah:
- Capaian dan penyampaian maklumat bil air bulanan dapat diakses secara dalam talian menerusi aplikasi dan teknologi mudah alih masa kini.
- Mesra alam kerana tidak memerlukan bil fizikal yang menggunakan kertas dan meninggalkan jejak karbon (atau ‘carbon footprint’).
- Mudah untuk penyimpanan dan merekod bil.
- Boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (maklumat dihujung jari anda).
- Tiada cas tambahan ke atas pengguna bagi perkhidmatan e-Bil.
- Pengguna dapat merima bil air secara digital pada setiap bulan.