Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
160) PERKEMBANGAN TERKINI JALAN BESAR SERI KEMBANGAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini tentang penaiktarafan Jalan Besar Seri Kembangan selepas U-turn ditutup sejak dua tahun yang lepas?
Jawapan a dan b dijawab bersekali.
JKR Petaling telah mengangkat permohonan peruntukan Notification of Defects (NOD) kepada JKR Selangor berjumlah RM 660 ribu. Walaubagaimanapun, bermula 22 Mac 2024, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan pindaan skop dan kadar harga baru konsesi jalan persekutuan. Sehubungan itu, pihak JKR perlu mengemukakan semula NOD menggunakan kadar harga baru yang telah diluluskan.
-
Apa yang telah dilakukan sejak soalan yang sama dibangkit dalam Dewan pada tahun lepas?
Jawapan a dan b dijawab bersekali.
JKR Petaling telah mengangkat permohonan peruntukan Notification of Defects (NOD) kepada JKR Selangor berjumlah RM 660 ribu. Walaubagaimanapun, bermula 22 Mac 2024, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan pindaan skop dan kadar harga baru konsesi jalan persekutuan. Sehubungan itu, pihak JKR perlu mengemukakan semula NOD menggunakan kadar harga baru yang telah diluluskan.
-
Berapakah kos yang terlibat tentang penaiktarafan tersebut (kalau ada)?
Jalan yang dimaksudkan merupakan Jalan Persekutuan FT3215 dan dikawal selia oleh JKR melalui syarikat konsesi Roadcare. Permohonan awal peruntukan Notification of Defects (NOD) berjumlah RM660 yang telah diangkat sebelum ini perlu diangkat semula menggunakan kadar baharu berdasarkan pindaan skop dan kadar harga baharu konsesi jalan persekutuan bertarikh 22 Mac 2024 dan dijangka pada awal Ogos 2024. Kerja-kerja akan dilaksanakan setelah permohonan peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya diluluskan.