Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
162) PERKEMBANGAN STADIUM MINI DAN KOMPLEKS PASAR MODEN PAYA JARAS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini bagi kedua-dua projek yang dicadangkan itu?
Perkembangan terkini bagi kedua-dua projek adalah seperti berikut :
STADIUM MINI , KAMPUNG KUBU GAJAH , SEKSYEN U18
Latar Belakang
Projek ini adalah salah satu inisiatif terbaharu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur awam serta menambah baik kemudahan rekreasi penduduk Paya Jaras khususnya di kawasan Seksyen U18 ini. Mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 28 April 2015 di antara pihak MBSA, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Veterinar. Keluasan tapak cadangan adalah seperti berikut :
Bil Lot 3279 Keluasan 1. Padang ragut 2.81 Ekar 2. Tadika ii. Status Tapak
- Hasil maklumbalas dari Pejabat Tanah Daerah Petaling menyatakan bahawa tapak di kawasan tersebut merupakan tanah hak milik kerajaan Negeri Selangor. Tiada sebarang halangan untuk pihak MBSA melakukan kerja-kerja awalan termasuk pelantikan perunding dan pada masa yang sama pihak MBSA akan memohon pewartaan hak milik tanah daripada Pejabat Tanah Daerah
- Keluasan tapak adalah 2.81 ekar dan tapak ini termasuk tapak Tadika Kemas yang telah beroperasi lebih 30
iii. Pewartaan
Pihak PTD Petaling memaklumkan pihak MBSA boleh memohon pewartaan tapak ini kepada Kawasan Rekreasi untuk tujuan kegunaan
awam. Permohonan pewartaan hendaklah disertakan dengan pelan Pre- Comp. Permohonan pewartaan ini hanya melibatkan tapak padang bola sahaja berkeluasan 2.12 ekar tanpa melibatkan tapak Tadika Kemas.
iv. Pelan Pre-Comp
Pihak MBSA telah menyediakan surat tawaran kepada Jurukur Tanah Berlesen untuk penyediaan pelan Pre-Comp. Setelah pelan Pre-Comp disediakan, MBSA akan memohon pewartaan untuk Kawasan Rekreasi bagi tapak tersebut. Pelan Pre-Comp dijadual akan dikemukakan pada 7 Ogos 2015.
v. Pelawaan Perunding
Tawaran bagi pelawaan ini telah dibuat secara Tender Terhad melalui pelawaan kepada lima (5) perunding bagi setiap skop perkhidmatan perunding (Arkitek, Awam & Struktur, Mekanikal & Elektrikal dan Ukur Bahan). Kelayakan Perunding untuk menyertai tawaran ini adalah Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan merupakan panel perunding berdaftar dengan Majlis. Pelantikan perunding telah dibuat pada 23 Jun 2015.
- KOMPLEKS PASAR MODEN PAYA JARAS
- Latar belakang
Cadangan membina Kompleks Pasar Moden di Paya Jaras, Seksyen U19 telah disenarai sebagai salah satu projek untuk Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11). Projek ini adalah sebagai inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur awam serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga yang tidak tersusun dan juga peniaga- peniaga pasar malam sedia ada. Tapak cadangan ini terletak di sebahagian Lot 1057 yang terdiri daripada kawasan padang bola dan tapak kosong berturap dan berkeluasan seperti berikut :
Bil Lot 1057 Keluasan 1. Padang Bola 4.096 ekar 2. Tapak Pasar Malam 1.937 ekar Jumlah Keluasan 6.033 ekar Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah membuat inventori premis gerai-gerai PLB sedia ada di tapak dan telah mengenalpasti jumlah serta kategori premis seperti berikut :
Bil Nama Kedai (Jumlah 7 Unit)
No. Kedai Kategori 1. Kafe Zafran 1 Kedai Makan 2 Kenari Tomyan 13 Kedai Makan 3. Restoran Tomyam 20 Kedai Makan 4. Restoran Bakso Tomyam
24 Kedai Makan 5. Restoran Bakso Tomyam
25 Kedai Makan 6. Restoran Tomyam 28 Kedai Makan 7. Restoran Tomyam 29 Kedai Makan 8. Salun 2 Salun 9. Kedai Photostat 3 Am 10. Gerai Buah 4 Gerai 11. Gerai Sayur 5 Gerai 12. Gerai Buah 6 Gerai 13. Kedai Photostat 7 Am 14. Kedai Runcit 8 Runcit 15. Kedai Runcit 9 Runcit 16. Kedai Kunci 10 Runcit 17. Kedai Runcit 12 Runcit 18. Kedai Butik 15 Butik 19. Kedai Produk Kesihatan
16 Salun 20. Kedai Jahit 17 Jahit 21. Kedai Jahit 18 Jahit 22. Kedai Jahit 19 Jahit 23. Kedai Butik 22 Butik 24. Kedai Jahit 23 Jahit 25. Kedai Alat Telekomunikasi
26 Telekomunikasi 26. Kedai Alat Telekomunikasi
27 Telekomunikasi 27. Kedai Tutup – tiada gerai
11 – 28. Kedai Tutup – tiada gerai
14 – 29. Kedai Tutup – tiada gerai 21 – Jumlah Keseluruhan Gerai PLB = 29 Unit Seramai 206 unit peniaga pasar malam yang berniaga setiap hari Sabtu.
ii. Status Tapak
Maklumbalas dari Pejabat Tanah Daerah Petaling menyatakan bahawa tapak di kawasan tersebut merupakan tanah hak milik Kerajaan Negeri Selangor. Tiada sebarang halangan untuk pihak MBSA melakukan kerja-kerja awalan termasuk pelantikan perunding dan pada masa yang sama pihak MBSA akan memohon pewartaan hak milik tanah daripada Pejabat Tanah Daerah Petaling.
iii. Konsep Dan Keperluan Rekabentuk
Hasil daripada kajian tapak serta Mesyuarat Penyelarasan Kali Pertama tahun 2014 (1/2014) bertarikh 21hb Jun 2014, pihak Jabatan telah mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan untuk dijadikan sebagai kehendak rekabentuk (Design Brief). Mesyuarat telah mencadangkan agar konsep Cadangan Pasar diinspirasikan seperti Bangunan Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah. Terdapat beberapa jenis perniagaan yang telah dikenalpasti dan perlu diklasifikasikan mengikut jenis perniagaan berikut. Pembangunan tapak cadangan ini akan mengandungi :
NO. PERKARA BILANGAN TINGKAT BAWAH 1. Gerai Barangan Basah 55 2. Gerai Buah 4 3. Gerai Bunga 2 4. Bilik Sejuk Beku 1 5. Tandas Lelaki 1 6. Tandas Wanita 1 7. Tandas OKU 1 8. Surau Lelaki Dan Ruang Wuduk 1 9. Surau Wanita Dan Ruang Wuduk 1 10. Tempat Pembuangan Sampah Berpusat 1 11. Pusat Memproses Sisa Buangan Pasar 1 12. Bilik Dan Stor Pekerja Pembersihan 1 TINGKAT DUA 13. Gerai Makan 70 14. Gerai Barangan Kering 58 15. Mini Mart 2 16. Pejabat Pengurusan 1 17. Bilik Agihan Surat 1 18. Tandas Lelaki 1 19. Tandas Wanita 1 TINGKAT TIGA 20. Gerai Kraftangan Dan Cenderahati 5 21. Kedai Menjual Pakaian Lelaki Dan Wanita 5 22. Kedai Menjual Aksesori Lelaki Dan Wanita 5 23. Tandas Lelaki 1 24. Tandas Wanita 1 KEPERLUAN LAIN DI TINGKAT EMPAT HINGGA LIMA 25. Pusat Riadah / Padang Bola (Futsal) 1 26. Tempat Letak Kereta 230 27. Tempat Letak Motorsikal Berbumbung Dan Berkunci 100 28. Tempat Letak Kereta OKU 2 29. Laluan Pejalan Kaki Mesra OKU 1 30. Tandas lelaki 1 31. Tandas wanita 1 Jumlah Keseluruhan Gerai Yang Disediakan = 206 Unit
Pihak perunding perlu memenuhi syarat-syarat Permohonan Pembangunan dari segi keperluan Pihak Berkuasa Tempatan. Rekabentuk yang dihasilkan perlu mengambilkirakemudahan untuk penyelenggaraan bangunan dan juga mesra OKU.
iv. Anggaran Awal Kos Projek Dan Pulangan (ROI)
- Anggaran Awal Kos Projek
Berdasarkan kepada keperluan rekabentuk pada masa ini, anggaran awal kos projek adalah sebanyak RM 40 Juta yang mana kos semeter persegi adalah RM 2,500/m2 dengan keluasan kasar bangunan sebanyak 16,000m2.
v. Proses Tawaran
Tawaran bagi pelawaan ini telah dibuat secara tender terhad melalui pelawaan kepada lima (5) perunding bagi setiap skop perkhidmatan perunding(arkitek, sivil & struktur, mekanikal & elektrikal & ukur bahan). Kelayakan perunding untuk menyertai tawaran ini adalah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan & merupakan panel perunding berdaftar dengan Majlis.
Dokumen Pelawaan (Cadangan Teknikal & Cadangan Kos) telah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender pada 03 November 2014. Seramai Tiga (3) Perunding Arkitek, Empat (4) Perunding Kejuruteraan Sivil & Struktur, Empat (4) Perunding Mekanikal & Elektrikal (M&E) dan tiga (3) perunding ukur bahan telah menyertai tawaran ini.
vi. Status Terkini Projek
Mesyuarat Lembaga Perolehan Negeri Selangor
Mesyuarat Lembaga Perolehan Negeri selangor Bil.11/2015 yang telah bersidang pada 13hb Mei 2015 telah memutuskan supaya rekabentuk pasar ini dikaji semula. Pada peringkat awal, Pihak MBSA telah mengemukakan cadangan pasar setinggi 6 tingkat. Walaubagaimanapun, ahli lembaga mesyuarat berpendapat dengan ketinggian 6 tingkat dikhuatiri akan kurang mendapat sambutan dan memohon pihak MBSA mengkaji semula konsep perlaksanaan pasar tersebut supaya ia berasaskan konsep Low-Rise dan mengoptimakan luas tapak yang berkeluasan enam (6) ekar.
Pihak MBSA telah pun membuat pelawaaan kepada perunding Juruukur Tanah bagi kerja-kerja ukuran aras, demakrasi dan penyediakan pelan permohonan pewartaan tanah bagi tapak projek ini. Pelan Pre-Comp telah disediakan bagi proses permohonan pewartaan untuk Kawasan Pasar bagi tapak tersebut.
-
Bilakah dijangka akan dimulakan proses membangunkan projek tersebut?
Projek Stadium Mini, Kampung Kubu Gajah, Seksyen U18 dijangka ditenderkan pada bulan Januari 2016. MBSA telah pun melantik kumpulan perunding pada 23hb Jun
Manakala projek Kompleks Pasar Moden Paya Jaras dijangka bermula pada awal tahun 2016 sekiranya permohonan pewartaan kedua-dua projek diluluskan oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling. Kelulusan ini penting bagi meneruskan projek yang melalui proses berikut:
- Penyediaan dokumen tender
- Iklan tawaran tender bagi kontraktor untuk menjalankan
- Permohonan untuk memulakan kerja