Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

76) PERKEMBANGAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) TAMAN KEMUNING BANTING

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini berkenaan SRA Taman Kemuning Banting?

    JAIS akan memohon pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor utk melaksanakan kerja penyiasatan tanah (SI) dan kerja ukur (iaitu kerja-kerja awalan) pada tahun 2025. Oleh itu, kerja-kerja pembinaan dijangka akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) / Rancangan Selangor Ke-2 (RS-2) suku tahun pertama, setelah semua kajian teknikal selesai di peringkat JKR Selangor.

  2. Adakah kerja-kerja awalan telah dimulakan menggunakan peruntukan sedia ada jabatan seperti yang telah diberitau pada persidangan yang lepas?

    Belum dilaksanakan atas kekangan Peruntukan Pembangunan (P14) sedia ada JAIS. JAIS bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja awalan ini pada tahun hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.