Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

196) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.

    Negeri Selangor merupakan antara penyumbang terbesar perdagangan di Malaysia di mana urus niaga perdagangan ini melalui Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Walau bagaimana pun, maklumat yang diperoleh daripada Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) hanya mempunyai butiran jumlah perdagangan bagi Malaysia dan tiada pecahan butiran mengikut negeri-negeri. Sehubungan dengan itu, jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2008 berjumlah RM 1.185 trilion dengan jumlah eksport sebanyak RM 663.51 bilion melebihi dari jumlah import sebanyak RM 521.5 bilion yang menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM 142.01 bilion.

     

  2. Mohon nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor.

    Antara 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagangan Malaysia bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:

    1. Eksport Tahun 2008
     Negara

     

     Nilai eksport (RM bilion)
    Singapura  97.77
    Amerika Syarikat  82.74
    Jepun  71.79
    China  63.21
    Thailand  31.75
    Hong Kong  28.33
    Korea  25.88
    India  24.73
    Australia  24.41
    Netherlands  23.44

     

    Sumber : Matrade ii.   Import Tahun 2008

    Negara Nilai import (RM billion)
    China  66.85
    Jepun  65.10
    Singapura  57.32
    Amerika Syarikat  56.45
    Thailand  29.27
    Taiwan  25.09
    Korea  24.22
    Indonesia  24.19
    Jerman  22.47
    Hong Kong  13.60

     

    Sumber : Matrade

  3. Mohon nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2009

    Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa jumlah perdagangan meningkat dari tahun demi tahun. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah dan akan terus melaksanakan beberapa strategi pada tahun 2009 agar prestasi ini dapat dipertahankan. Beberapa strategi yang dirancang ialah:

    • Mempromosikan kawasan-kawasan tertentu seperti Pulau Indah sebagai kawasan aktiviti perdagangan atau trading hub;
    • Program yang berorientasikan Business networking atau program temu suai perniagaan akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa;
    • Menganjurkan misi lawatan penggalakan pelaburan dan perdagangan ke luar negara yang berpotensi; dan
    • Penyertaan syarikat-syarikat dari Selangor dalam pameran-pameran yang dianjurkan di dalam dan luar negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.