Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

120) PERKEMBANGAN JUDI ONLINE YANG MELIBATKAN GENERASI MUDA DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengekang perkembangan judi online yang turut membabitkan generasi muda?

    Berdasarkan Laporan Tindakan Kegiatan Perjudian di Selangor yang dikemukakan oleh Bahagian Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Selangor bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2021, telah mencatatkan tangkapan seramai 2,298 orang dengan jumlah rampasan sebanyak RM219,320.00. Daripada jumlah tangkapan tersebut, sebanyak 1,083 kertas siasatan telah dibuka dan 891 kertas siasatan telah berjaya dituduh mahkamah.

     

    Berkaitan pembabitan generasi muda dalam aktiviti perjudian terutamanya dalam membabitkan pelajar sekolah, statistik menunjukkan hanya terdapat seramai (5) orang melibatkan remaja atau golongan muda di bawah umur 19 tahun dan (3) orang remaja atau golongan muda melibatkan warganegara asing yang ditangkap atas kegiatan perjudian di Selangor bagi tempoh Januari hingga Oktober 2021 di kawasan Kontinjen Selangor. Senarai tangkapan adalah seperti di Lampiran 1. Walaupun statistik menunjukkan pembabitan pelajar sekolah adalah kecil, PDRM sentiasa komited dan memandang serius isu ini serta akan mengambil tindakan bagi mengekang aktiviti judi online di Negeri Selangor.

     

    Untuk itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) akan mengadakan operasi secara berterusan dengan kerjasama PDRM, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi memastikan kegiatan judi online ini dapat dilumpuhkan. Semua agensi yang terlibat akan menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengekang kegiatan perjudian termasuklah menyita premis, memotong bekalan elektrik dan bekalan air serta menahan individu yang terlibat bagi tujuan siasatan. Pihak PDRM juga telah melipatgandakan serbuan-serbuan ke atas premis yang menjalankan premis perjudian online. Statistik serbuan berjaya  dapat dilihat menerusi perbandingan tahun 2020 dengan 2021 di mana pada tahun 2020, sebanyak 675 serbuan judi telah dijalankan dan pada tahun 2021, sebanyak 1026 serbuan telah dijalankan ke atas premis-premis perjudian online. Laporan statistik adalah  seperti di Lampiran 2.

     

    Selain daripada itu, pihak PDRM juga telah mengambil tindakan di bawah Undang-undang Pencegahan iaitu di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 ke atas penganjur yang menjalankan aktiviti perjudian.  Sepanjang tahun 2021, sebanyak (36) orang telah diambil tindakan di bawah Undang-undang Pencegahan. Dengan tindakan-tindakan agresif yang telah diambil, pihak PDRM berharap kegiatan perjudian khususnya melibatkan golongan muda dapat dibendung.

     

     

    LAMPIRAN 1

     

    TANGKAPAN JUDI ONLINE TAHUN 2021 MELIBATKAN REMAJA BAWAH UMUR

    KONTINJEN SELANGOR

    BIL NO RPT/NO IP. NAMA TANGKAPAN/KP/BANGSA SEK KESALAHAN  

    ALAMAT PREMIS

    1 PANDAN INDAH RPT. 277-279/2021           NO IP : 58/2021 ERI MUHAMMAD DANIEL BIN SALIMAN                                        

    KP : 040623-14-0453                                   BANGSA : INDONESIA

    SEK 4(1)© ARJT 1953 TARAS 28CAFÉ SDN BHD NO 1-3 JALAN PANDAN INDAH 4/33 TAMAN PANDAN INDAH AMPANG
    2 AMPANG RPT. 6110/2021                NO IP : 728/2021 MOHD SHARUK BIN ROHIMULLAH

    UMUR : 18 TAHUN

    BANGSA : MYANMAR

    SEK 4(1)© ARJT 1953, SEK 6(1)© IMG LOT 346A JALAN TASEK PERMAI AMPANG
    3 MERU RPT. 779-780/2021                  NO IP : 230/2021 LIM JING ZHEN                                                     KP : 010918-10-0507                               BANGSA : CINA SEK 4(1)© ARJT 1953 LOT 2858-B JALAN LIMAU KAPAR KLANG
    4 BUKIT RAJA RPT. 4988/2021                 NO IP : 1019/2021 LOH KONG HWA                                                  KP : 020925-10-1371                                      BANGSA : CINA SEK 4(1)© ARJT 1953 NO 7 JALAN GAMELAN BANDAR BUKIT RAJA KLANG
    5 BANDAR BARU KLANG RPT. 6320/2021                 NO IP : 1370/2021 KUGANESWARAN A/L RAJA KUMAR                                         

      KP : 020211-10-0211                                BANGSA : INDIA

    SEK 4(1)© ARJT 1953 TEPI JALAN KAKI LIMA ,JALAN BUKIT KUDA 1/KU1 OFF JALAN BATU 3 LAMA TAMAN KUDA KLANG
    6 BANDAR BARU KLANG RPT. 6108/2021                 NO IP : 1306/2021 OSMAN GHANI ESUF ALI                          UMUR: 18 TAHUN                                      BANGSA : MYANMAR SEK 4(1)© ARJT 1953, SEK 6(1)© IMG NO 233A JALAN SENTOSA 41 OFF JALAN MERU KLANG
    7 SEKINCHAN RPT. 395/2021                   NO IP : 89/2021 SITI NOR FARAHDINA BINTI KAMARUDIN                                 

    KP: 020606-08-0390                                 BANGSA : MELAYU

    SEK 4(1)© ARJT 1953 KEDAI SKC 12 LORONG 12 SEKINCHAN SABAK BERNAM
    8 SEKINCHAN RPT. 396/2021                   NO IP : 87/2021 NURELLIYA BINTI BASIRON                               KP : 041022-10-0952                                   BANGSA : MELAYU SEK 4(1)© ARJT 1953 TONIGHT 29 SPEEDMART LOT BD JALAN MENTERI SEKINCHAN, SABAK BERNAM

     

     

    LAMPIRAN 2

     

    PERBANDINGAN JUDI ONLINE BAGI TAHUN 2020 DAN 2021

    KONTINJEN SELANGOR

    JUDI ONLINE
    DAERAH JAN – OKT 2020 JAN – OKT 2021
       P/JAYA  77 42
       SG BULOH 45 60
       SBG JAYA  77 141
       SERDANG 95 154
       KLANG U 52 104
       KLANG S 109 71
       AMPANG 34 169
       KAJANG 50 117
       GOMBAK 33 57
       SHAH ALAM 46 21
       SEPANG 10 16
       H/SELANGOR 20 5
       K/SELANGOR 12 30
       K/LANGAT 4 22
       S/BERNAM 11 17
       KLIA    
       JUMLAH 675 1026

     

Lampiran

Tiada Lampiran.