Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
89) PERKEMBANGAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi Kerajaan untuk menggalakkan perkembangan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor?
Polisi/Dasar kerajaan untuk menggalakkan perkembangan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Selangor adalah untuk menekankan STI sebagai satu instrumen sosio-ekonomi yang berupaya mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan, menjana kekayaan dan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan 5 asas kukuh dasar STI secara holistik seperti berikut:
- STI untuk dasar merupakan asas utama dalam memastikan agenda STI di arus perdana dan diterima pakai dan dilaksanakan oleh kementerian, agensi dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.
- Dasar untuk STI dalam menyokong asas STI di atas kemampuan dan keupayaan STI negara dari aspek infrastruktur, mandat, pengurusan, sumber manusia, peruntukan kewangan dan produktiviti dan dilakukan melalui pemberian dana dan geran, pemindahan dan penyebaran ilmu pengetahuan berkaitan STI kepada sektor awam, industri dan komuniti, mempromosikan kajian yang didorong oleh pasaran serta strategi mempromosikan STI ke arah pertumbuhan negara yang inklusif.
- Dasar komitmen industri kepada STI adalah bagi memperkukuhkan dan memantapkan kerjasama yang dinamik di antara sektor awam dan swasta, organisasi penyelidikan dan institusi penyelidikan berteraskan industri dan bertindak sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara.
- Tadbir urus STI bagi merangka kerja STI sedia ada untuk mengukuhkan pelaksanaan dasar, mekanisme untuk memastikan komitmen pelbagai pihak ke atas pembangunan STI negara dan pencapaian program STI.
- STI untuk membentuk masyarakat yang stabil. Aman, makmur, bersatu padu dan berdaya tahan.
Berlandaskan 5 asas dasar tersebut, Dasar STI memberi fokus kepada 6 teras strategik seperti berikut:
- Memajukan bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan Saintifik dan sosial, dan penkomersialan (R,D&C)
- Membangun, memupuk dan menggilap bakat
- Menggiat dan mencergaskan industri
- Mentransformasi Tadbir Urus STI
- Menggalak dan memupuk kesedaran STI dan
- Mengukuhkan hubungan Strategik Antarabangsa
-
Adakah terdapat insentif untuk menggalakkan Anak Selangor memperkembangkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan insentif melalui program-program pembangunan Latihan Kemahiran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negeri Selangor yang telah bermula pada tahun 2015 sehingga kini untuk menggalakkan Anak Selangor memperkembangkan bidang (STI) melalui dengan menggunakan peruntukan di bawah pembangunan P01 (11002), Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negeri Selangor.
Program-program yang telah dilaksanakan melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelajar-pelajar daripada Institusi Pengajian Sektor Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Sektor Swasta (IPTS) di Negeri Selangor.
-
Jika ada, sila kemukakan senarai polisi dan insentif berkenaan
Polisi berkaitan STI adalah menggunakan polisi – Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Senarai insentif STI yang berkaitan adalah seperti jadual berikut:-
Bil. Program Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor 1. Penyertaan UiTM ke Pertandingan “Tehe bridgestone world solar challenge 2015” di Adelaide, Australia 2015
2. Program Latihan Kemahiran Science, Techonogy Engineering and Mathematics (STEM) yang telah diadakan di sekolah-sekolah Negeri Selangor 3. Program Latihan Kemahiran Science, Technology Engineering and Mathematics (STEM) melalui pembelajaran tenaga pemboleh ubah 4. Program (STEM) Robotics Lego kepada sekolahsekolah Negeri Selangor 5. Program Rumah Hijau berkonsepkan bahan buangan dengan kerjasama UNISEL 6. Program Latihan Kemahiran ICT bagi generasi Y seperti berikut:- i. Web Programming – HTML 5 Basic
ii. Web Programming – HTML 5 Advanced
iii. Industrial Design
iv. Video Graphics
v. MS Office
vi. Developing Mobile Apps and Games with game salad
7. Program ICT Boot Camp – Perkomputeran dan Multimedia Kreatif bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovasi pelajar-pelajar sekolah dengan kerjasama
Universiti Selangor
8. Program Mobile Planetarium Angkasa, Karnival GeMs 9. Program Karnival Selangor ICT Fair 10. Program Selangor Makers Carnival (SMIC 2016) 11. Program Visual Arts Expo