Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
222) PERKAMPUNGAN HARAM WARGA ASING
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi perkampungan haram warga asing di Selangor?
Berikut adalah senarai lokasi perkampungan haram warga asing di Selangor mengikut
PBT Lokasi Perkampungan Haram Warga Asing MBSA Tiada MBPJ Kampung Sungai Kayu Ara, PJU 6 Sg Way, SS8 dan SS9 MPK Tiada maklumat lokasi perkampungan haram warga asing MPAJ Pandan Mewah Kg. Pandan Tasik Permai MPSJ Tiada MPKj Tidak berkaitan MPS Tiada maklumat MPSp Bukit Damar, Dengkil Sg. Merab Dalam MDKL Di atas premis kedai, Banting Bersebelahan Taman Cenderawasih Di Olak Lempit, Bandar Mahkota Taman Sentosa, Sri Cheeding Teluk Panglima Garang i. Batu 9, Kebun Baru
ii. Batu 10, Kebun Baru
iii. Taman Jaya Utama
iv. Taman Desa Wira
v. Taman Dato Hormat
Sekitar Kanchong Darat MDHS Tiada MDKS Tiada MDSB Tiada -
Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan Selangor bebas dari perkampungan haram warga asing?
Antara usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui PBT adalah:
- Melaksanakan operasi bersepadu bersama pihak Imigresen secara berkala.
- PBT juga sentiasa memantau tapak dan lokasi yang disyaki sebagai penempatan/perkampungan haram warga asing dari semasa ke semasa.
Isu perkampungan haram warga asing ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya (bebas warga asing) kerana sektor perindustrian dan pembinaan terutamanya memerlukan warga asing sebagai buruh/pekerja disebabkan gaji yang lebih rendah.