Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

20) PERKAHWINAN REMAJA PEREMPUAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan perkahwinan yang didaftarkan di Selangor yang melibatkan remaja perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah dan di antara 16 tahun hingga 18 tahun.

    Berikut adalah bilangan perkahwinan yang melibatkan remaja perempuan berumur 16 tahun dan antara 16 sehingga 20 tahun.

    Statistik Perkahwinan 2017

    (Remaja Perempuan Berumur 16 Tahun Kebawah & 16 Sehingga 20 Tahun)

    Bil Bulan Bawah 16 Tahun Antara 16 – 20 Tahun
        1. Januari 4 107
        2. Februari 8 115
        3. Mac 13 217
        4. April 0 106
        5. Mei 2 214
        6. Jun 4 45
        7. Julai 3 138
        8. Ogos 4 168

    Statistik Perkahwinan 2015 Hingga Bulan Ogos 2017

    (Remaja Perempuan Berumur 16 Tahun Kebawah & 16 Sehingga 20 Tahun)

    Bil Bulan Bawah 16 Tahun Antara 16 – 20 Tahun
    1. 2015 29 1,615
    2. 2016 22 1,487
    3. 2017 (Januari-Ogos) 38 1,110

    Berdasarkan Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, jika perempuan berumur kurang daripada 16 (Enam belas tahun) permohonan untuk berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Hakim Syarie sebelum ia dilaksanakan.

    Manakala, berdasarkan rekod pendaftaran kes di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, jumlah Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur yang difailkan dalam tempoh 5 tahun adalah sebanyak 357 permohonan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 321 permohonan diluluskan, 16 daripadanya dibuang dan 10 permohonan masing-masing ditolak dan ditarik balik. Statistik terperinci adalah sebagaimana jadual di bawah.

    Bil Tahun Daftar Lulus Buang kes Ditolak Tarik balik Jumlah
    1. 2016 71 66 2 3 0 71
    2. 2015 91 85 3 2 1 91
    3. 2014 68 56 3 4 5 68
    4. 2013 72 64 5 1 2 72
    5. 2012 55 50 3 0 2 55
    Jumlah 357 321 16 10 10 357

     

Lampiran

Tiada Lampiran.