Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

169) PERKAHWINAN PERDANA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah peruntukan untuk penajaan program ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM120,328.00 untuk penajaan Program Majlis Perkahwinan Belia 2013 yang diadakan pada 30 November 2013 (Sabtu) bertempat di Tapak Selangor Agrofest (SAF) 2013 Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

  2. Adakah dalam perancangan untuk memanjangkan program seperti ini untuk kaum yang lain di Malaysia?

    Program Majlis Perkahwinan Perdana Belia ini merupakan program tahunan bagi Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Belia dan Sukan bagi meraikan pasangan pengantin di samping menggalakkan perkahwinan di kalangan belia yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan Majlis Perkahwinan. Sehubungan dengan itu, dalam menjayakan program tersebut sebanyak 45 pasang pengantin yang diraikan termasuk sepasang dari pasangan kaum India dan sepasang dari pasangan kaum Cina yang telah dipilih untuk menyertai program tersebut.

  3. Berapa banyakkah telah diperuntukkan bagi Insentif Perkahwinan Belia Bagi Tahun 2013 yang dikeluarkan kepada pasangan pengantin?

    Pada tahun 2013, Kerajaan  Negeri telah memperuntukan sebanyak 4734 permohonan yang telah diluluskan dan insentif tersebut telah disalurkan melalui dua kaedah iaitu bagi penerima yang beragama Islam, insentif akan disalurkan melalui Tabung Haji manakala bagi penerima yang bukan beragama Islam, Insentif akan disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium (BSN).

Lampiran

Tiada Lampiran.