Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
270) PERJAWATANAN PEJABAT DATO MENTERI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan pegawai-pegawai dalam pentadbiran Menteri Besar sekarang?
Jumlah warga kerja yang berkhidmat di Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor (PMB) adalah seramai 32 orang yang mana 28 orang pegawai dilantik mengisi waran perjawatan sedia ada dan 4 orang pegawai dilantik oleh Menteri Besar Incorporated (MBI). Senarai perincian warga kerja PMB disertakan di Lampiran 1(A) dan 1(B).
-
Nyatakan tugasan dan fungsi setiap pegawai tersebut?
Operasi kerja di PMB dibahagikan kepada empat (4) unit yang mempunyai fungsi dan skop tugas yang tersendiri iaitu Pentadbiran, Perkhidmatan, Media dan Carta fungsi setiap unit berkenaan diperincikan di Lampiran 2.
-
Nyatakan pangkat, kadar gaji dan elaun yang diterima oleh mereka?
Bersama-sama ini disertakan Lampiran 3 yang menerangkan gaji dan elaun warga kerja yang berkhidmat di Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor lantikan kerajaan Manakala, urusan pembayaran gaji dan elaun bulanan pegawai-pegawai politik diuruskan sepenuhnya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).