Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

253) PERJAWATAN GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA DAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) di Selangor mengikut daerah?

    1. Jumlah guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut:
    DAERAH GURU TETAP Guru KAFA Di SRA KAFA Di KAFAI  

    JUMLAH

     

    PETALING 75 608 789 1,472
    KLANG 91 822 298 1,211
    HULU LANGAT 86 643 543 1,272
    GOMBAK 37 393 512 942
    KUALA LANGAT 73 397 147 617
    SEPANG 53 338 135 526
    HULU SELANGOR 55 334 67 456
    KUALA SELANGOR 87 409 217 713
    SABAK BERNAM 85 256 92 433
    JUMLAH 642 4,200 2,800 7,642
  2. Apakah status perjawatan mereka mengikut jumlah dan peratus?

    Status perjawatan mereka, 642 orang atau 9.17 % adalah tetap. Manakala 7,000 orang atau 91.6% adalah Contract For Service (CFS).

  3. Bolehkah ‘elaun' yang mereka terima setiap bulan ditukar kepada ‘gaji'? Jika tidak boleh, apakah usaha Kerajaan di dalam membantu ke arah tersebut?

    Elaun yang mereka terima setiap bulan tidak boleh ditukar kepada gaji, kerana jawatan guru KAFA ini bukan dari skim tertentu seperti skim perjawatan yang diwujudkan oleh JPA. Akan tetapi, jawatan guru KAFA adalah lantikan yang dibuat berstatus Contract For Service (CFS) oleh pihak berkuasa melantik iaitu Kerajaan Negeri dan JAKIM. Selain itu juga elaun yang diterima adalah menggunakan pelbagai sumber peruntukan seperti berikut:

    1. 4200 guru KAFA sumber elaun dari Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor
    2. 2800 guru KAFA sumber elaun dari peruntukan JAKIM, Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor

     

    Bagi menjaga kebajikan guru KAFA ini, pada bulan Januari 2023 Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk penyelarasan elaun minima dari RM 1350.00 di naikkan kepada RM 1500.00 sebulan untuk masa bertugas 5 jam sehari.

Lampiran

Tiada Lampiran.