Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

251) PERJANJIAN TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP (TPP)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan Kerajaan Negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan selepas Malaysia menandatangani perjanjian TPP?

    Kerajaan Negeri telah menyatakan kebimbangan dan gesaan supaya Kerajaan Persekutuan mampu memelihara dan menangani isu nilai matawang negara, hak dan kepentingan tenaga buruh Malaysia, harta intelek negara (IPR- Intellectual Property Right), syarikat milik Kerajaan dan memelihara pasaran peniagaan tempatan apabila TPPA dilaksanakan

     

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai pelan strategik khusus bagi menghadapi kesan TPPA. Namun, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap isu kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, Kerajaan Negeri menyedari bahawa impak perjanjian ini terhadap kos sara hidup rakyat adalah tinggi. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus memelihara hak dan kepentingan rakyat dengan merangka langkah-langkah seperti berikut :

     

    • Melaksanakan inisiatif melalui pelbagai program bantuan perniagaan bagi membantu usahawan baru dan melonjakkan usahawan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi supaya mampu terus bersaing di pasaran yang kompetetif;
    • Meningkatkan dan mempersiapkan keupayaan rakyat Selangor kepada pekerja berkemahiran tinggi (skilled worker) melalui Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET);
    • Meningkatkan Sumbangan Bantuan Pendidikan dalam usaha Kerajaan untuk membina modal insan berkualiti dan mewujudkan talent pool di Selangor;
    • Meningkatkan Keupayaan Rakyat Luar Bandar Melalui Program Pembangunan Keusahawanan; dan
    • Memperkasa sektor pertanian bagi meningkatkan jaminan pengeluaran bekalan makanan di negeri
  2. Adakah Kerajaan Negeri ada melakukan kajian terhadap kesan selepas pelaksanaan TPP ke atas ekonomi Negeri Selangor?

    Untuk makluman YB, selepas perjanjian ini ditandatangani, semua ahli TPP mempunyai tempoh 24 bulan untuk melengkapkan proses domestiknya bagi membolehkan Perjanjian TPP diratifikasi. Perjanjian TPP akan berkuatkuasa:

     

    • Apabila 12 ahli TPP telah menyelesaikan proses ratifikasi dalam tempoh 24 bulan; atau
    • Sekiranya syarat (a) tidak dapat dipatuhi, ratifikasi adalah perlu oleh sekurang-kurangnya enam (6) negara yang menyumbang 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara

     

    Sehubungan itu, TPPA belum boleh dilaksanakan lagi dan kesan langsung pelaksanaan TPPA belum dapat dilihat dalam tempoh terdekat. Selepas menandatangani perjanjian, Kerajaan Persekutuan akan membuat beberapa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan peraturan tertentu sebelum dapat diratifikasikan.

     

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri tidak melaksanakan sebarang kajian  terhadap kesan selepas pelaksanaan TPP ke atas ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.