Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
294) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
CPTPP menawarkan akses kepada pasaran perolehan kerajaan di 11 buah negara termasuk Australia, Jepun dan Kanada. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan Bumiputera menembusi pasaran tersebut dan memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan?
Kerajaan Negeri mengambil maklum akan adanya peluang – peluang pasaran untuk diterokai oleh Kerajaan Negeri. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk bekerjasama dengan agensi – agensi persekutuan seperti Matrade, CIDB, dan lain – lain untuk meneroka pasaran perolehan Kerajaan di negara – negara terbabit. Selain penganjuran Selangor International Business Summit (SIBS) yang turut membina ruang untuk menggalakkan usahawan-usahawan dalam aktiviti perdagangan dengan penglibatan dan penyertaan pempamer dan pelawat perdagangan dari pelbagai negara, Kerajaan Negeri juga menggalakkan anak-anak syarikat untuk meneroka dan mengenal pasti negara CPTPP yang mempunyai potensi pasaran serta peluang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Sebagai makluman Hulu Kelang, sebanyak 70 buah negara telah menyertai SIBS 2023 termasuk negara – negara yang menyertai CPTPP kecuali Chile dan Mexico.