Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
293) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
CPTPP menawarkan bantuan TACB bagi membantu meningkatkan keupayaan eksport PKS. Apakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti PKS di Negeri Selangor yang bersesuaian bagi menerima TACB dan apakah kriteria yang digunakan dalam proses pemilihan PKS?
Kerajaan Negeri sedang dalam proses mengenalpasti PKS yang bersesuaian menerusi pelbagai program yang dilaksanakan. Sebagai permulaan, pihak Kerajaan Negeri akan mengenalpasti syarikat – syarikat yang terlibat di dalam Selangor Aviation Show (SAS) dan Selangor Internasional Business Summit (SIBS). Syarikat – syarikat ini terlibat dalam industri aeroangkasa, makanan dan minuman, perkhidmatan kesihatan, peranti perubatan, aplikasi pintar dan sebagainya. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bagi menentukan kriteria – kriteria pemilihan PKS yang berpotensi bagi menerima bantuan TACB dalam usaha meningkatkan keupayaan eksport syarikat tempatan.