Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
218) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program flagship yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu syarikat-syarikat di Selangor mendapat manfaat optimum daripada CPTPP yang telah diratifikasi oleh Malaysia?
Berikutan perlaksanaan Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Tran-pasifik (CPTPP) bagi Malaysia yang telah berkuatkuasa pada 29 November 2022, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program engagement (libat urus), persidangan dan pameran dengan syarikat – syarikat daripada negara – negara dalam CPTPP.
Kerajaan Negeri pada tahun 2023 telah membuat engagement (libat urus) dengan beberapa negara seperti Kanada, Jepun, Australia, Singapura dan Vietnam menerusi beberapa lawatan kerja dan misi pelaburan ke negara – negara tersebut.
Di dalam program – program tersebut, Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor telah memberikan penerangan tentang peluang – peluang pelaburan dan perdagangan serta potensi kerjasama dua hala. Pihak Invest Selangor juga turut mengetengahkan keupayaan syarikat – syarikat tempatan untuk potensi kerjasama dengan syarikat – syarikat dari negara – negara tersebut.
Menerusi penganjuran program Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS) juga turut melibatkan peserta – peserta daripada negara – negara yang tersenarai dibawah CPTPP seperti Australia, Brunei, Jepun, Kanada, New Zealand, Singapura dan Vietnam. Melalui program ini, ianya dapat mengetengahkan produk – produk dan perkhidmatan syarikat tempatan. Manakala peserta dari negara luar pula berpeluang untuk meneroka pasaran di Malaysia dan lain – lain negara yang terlibat.