Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

49) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana libat urus diadakan oleh Kerajaan Negeri dengan industri dan komuniti perniagaan di Selangor bagi meningkatkan pemahaman berkaitan RCEP khususnya mengenai aturan tempasal?

    Aturan tempasal atau Certificate of Origin adalah sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara pengeksport yang secara jelas memperakui tempat asal barang. Sijil ini terbahagi kepada 2 iaitu Preferential Certificate of Origin (PCO) dan Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO). Sijil ini boleh dikeluarkan oleh FMM dan Dewan – Dewan Perniagaan yang diberi kuasa oleh MITI.

    Program Selangor ASEAN Business Conference (SABC) antara platform yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memberikan pemahaman berkenaan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) termasuk berkenaan aturan tempasal (Certificate of Origin) kepada komuniti perniagaan di Selangor.

    Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga turut membantu pihak syarikat – syarikat untuk mendapatkan kelulusan aturan tempasal (Certificate of Origin) daripada dewan – dewan perniagaan yang berkaitan di Selangor.

    Usaha – usaha yang dilaksanakan berkaitan pemahaman mengenai aturan tempasal ini akan terus dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa agar komuniti perniagaan di Selangor dapat mengambil peluang dibawah RCEP untuk mempertingkatkan lagi pasaran export ke luar negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.