Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

172) PERJANJIAN PENYERAHAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faedah yang akan diberi kepada Selangor mengikut perjanjian apabila kerajaan Selangor menyerah Kuala Lumpur dan putrajaya kepada kerajaan Persekutuan sebagai Wilayah Persekutuan?

    Melalui perjanjian penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah memberikan sejumlah RM200juta kepada Kerajaan Negeri dan RM7.5 juta pada setiap tahun untuk selama-Iamanya. Kerajaan Persekutuan juga telah memberikan RM800 juta kepada Kerajaan Negeri di bawah Rancangan Malaysia Kelapan bagi tujuan pembangunan kawasan-kawasan yang terletak di dalam daerah Sepang khususnya pembangunan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  2. Setakat manakah syarat-syarat perjanjian ini dipatuhi oleh kedua-dua pihak?

    Semenjak perjanjian tersebut di meterai kedua-dua pihak sentiasa mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.