Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

125) PERJANJIAN DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UNTUK PEMAJU PERUMAHAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan pembangunan yang dibawa oleh pemaju ke Bandar Puncak Alam hari ini, tidak semuanya mematuhi syarat-syarat penyelenggaraan kemudahan awam di sekitar. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mengetatkan syarat perjanjian dengan pemaju, atau sekadar menekankan pematuhan SOP sedia ada?

    Segala syarat penyelenggaran kemudahan awam seperti padang permainan, jalan, parit dan lain-lain yang terlibat adalah di bawah tanggungjawab pemaju sebelum proses serahan kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dibuat. Apabila Certificate of Completion and Compliane (CCC) telah dikeluarkan, ianya akan diserahkan kepada pihak MPKS untuk tujuan penyelenggaraan kawasan-kawasan kemudahan awam dan asas. Bagi tujuan kawalan pembangunan, pihak MPKS menggunakan Garis Panduan Manual Piawaian Perancangan Edisi 4 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor untuk memproses kelulusan.

    Bagi pihak Kerajaan Negeri, semakan garis panduan dan pemerhatian terhadap isu-isu berbangkit sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa. Selain itu, dasar-dasar baharu akan disediakan mengikut kesesuaian untuk dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor oleh jabatan/ agensi teknikal yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.