Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

25) PERIZABAN TANAH KAWASAN ORANG ASLI (KOA) SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status perizaban tanah KOA Negeri Selangor secara terperinci.

    Jumlah bilangan kampung Orang Asli dan keluasan yang telah diwartakan sebagai kawasan atau Rizab Orang Asli sehingga 2018 mengikut daerah seperti lampiran:-

  2. Nyatakan cara penyelesaian KOA yang terletak dalam kawasan rizab hutan.

    Pihak Berkuasa Negeri melalui kaedah-kaedah boleh membenarkan penempatan Orang Asli di dalam mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai rizab hutan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 10 Akta 134 Akta Orang Asli Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengenal pasti rizab hutan yang menjadi kawasan penempatan Orang Asli. Seterusnya proses penyediaan pelan ukur sedang dilaksanakan supaya penandaan sempadan tanah dapat dilaksanakan untuk direkodkan bersama maklumat bilangan penduduk dan kumpulan etnik yang terlibat.

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekiranya pelan permohonan JAKOA tidak mematuhi spesifikasi yang diperlukan oleh Pejabat Tanah Daerah bagi tujuan pewartaan?

    Pihak Berkuasa Negeri akan meluluskan perizaban mana-mana Tanah Kerajaan untuk maksud penempatan/ kawasan Orang Asli melalui permohonan lengkap yang dikemukakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama pelan pra-hitungan (pre-com plan) yang disediakan oleh Juruukur Berlesen. Permohonan akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Seterusnya kawasan yang telah diluluskan sebagai Kawasan Orang Asli akan diukur halus oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pengeluaran Pelan Warta (PW). Setelah Pelan Warta diperolehi maka urusan pengisytiharan perizaban Kawasan Orang Asli akan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, ketiadaan pelan pra hitungan yang disediakan

    oleh Juruukur Berlesen akan menyebabkan proses kelulusan perizaban tidak dapat dilaksanakan kerana penentuan garis sempadan tanah tidak dapat dikenalpasti. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor sentiasa mengadakan mesyuarat berkala bersama pihak JAKOA dan semua Pentadbir Tanah bagi membantu menyelesaikan urusan pewartaan Kawasan Orang Asli. Laporan status permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Selangor bersama Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Negeri Selangor sebanyak 4 kali setahun. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turut memantau pelaksanaan pewartaan Kawasan Orang Asli dari masa ke semasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.