Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
84) PERINDUSTRIAN NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sumbangan perindustrian Selangor berbanding negeri-negeri lain?
Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan anggaran pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 5.7% bagi tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya. Berpandukan persekitaran ekonomi Negara dan global, jumlah nilai tambah negeri bagi tahun 2012 dianggarkan meningkat ke RM143,488 juta dalam harga malar tahun 2000 (2011:RM136,606 juta).
Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang kira-kira 38% dalam KDNK negeri pada tahun 2012, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta nasional iaitu proton serta perodua dan kereta import seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo dan BMW. Terdapat juga kilangkilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi.
Berdasarkan statistik pembinaan suku tahunan 2012 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dalam suku pertama 2012 Negeri Selangor telah mencatatkan nilai kerja pembinaan yang tertinggi sebanyak RM4.06 bilion iaitu 22.9 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai kerja pembinaan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( RM2.35 billion;13.3%), Johor (RM2.16 bilion; 12.2%) dan negerinegeri lain. Berdasarkan data yang diperolehi, Negeri Selangor juga merupakan sebagai negeri yang mempunyai nilai kerja pembinaan tertinggi bagi bangunan kediaman (RM1.8bilion) dan bangunan bukan kediaman (RM1.5bilion) berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (bangunan kediaman:RM878juta) dan bangunan bukan kediaman (RM1.0bilion).
Kedudukan Selangor yang strategik dan lengkap dengan kemudahan infra menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan pilihan para pelabur. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tahun 2012, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 11,734,817,935 dengan 252 projek perkilangan yang diluluskan. Sebanyak 22,719 potensi peluang pekerjaan telah disediakan untuk penduduk tempatan yang berminat.
Statistik ini menunjukkan Selangor menyumbang sebanyak (29%) daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan di Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Selangor yang dipacu oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan menjadikan negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Negara iaitu sekitar 21% – 23% bagi tempoh tahun 2008 hingga 2012. Jumlah pelaburan yang
diluluskan di Negeri Selangor bagi tahun 2012 adalah seperti jadual berikut;-
Projek Perkilangan Yang diluluskan Di Negeri Selangor Mengikut Negeri bagi tempoh Januari hingga Disember 2012
Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM) Modal Pelaburan (RM)
Selangor 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935 Johor 184 23,719 1,383,257,504 4,152,547,457 5,535,804,961 Sabah 30 2,153 4,767,563,466 266,750,510 5,034,313,976 Sarawak 34 2,214 975,489,728 3,752,772,138 4,728,261,866 Negeri Sembilan 40 3,329 1,472,419,999 1,257,632,266 2,730,052,265 Penang 115 10,359 1,344,906,218 1,126,549,317 2,471,455,535 Terengganu 11 820 156,123,986 2,254,876,000 2,410,999,986 Perak 49 5,347 688,977,031 1,592,043,732 2,281,020,763 Pahang 16 1,850 993,294,629 1,097,831,176 2,091,125,805 Melaka 26 1,330 644,023,549 408,621,578 1,052,645,127 Kedah 31 1,880 244,712,397 344,300,419 589,012,816 W. P. Kuala Lumpur 11 783 213,260,190 39,284,265 252,544,455 Kelantan 4 113 4,386,555 110,700,000 115,086,555 W. P. Labuan 1 15 13,034,050 12,215,950 25,250,000 Perlis 0 Belum ditentukan
0 Jumlah 804 76,631 20,206,943,669 20,845,448,376 41,052,392,045 Sumber : MIDA
-
Apakah hala tuju dan dasar perindustrian Selangor untuk tempoh sepanjang Rancangan Malaysia ke-10?
Berdasarkan kepentingan sektor perindustrian, Kerajaan Negeri akan menggalakkan sektor ini berkembang dengan lebih pesat lagi. Strategi yang berorientasikan eksport bagi industri pembuatan akan diberi penekanan. Dalam hal ini, pengusaha industri terutamanya pengusaha tempatan akan digalakkan untuk menjalankan pengeluaran berskala besar.
Bagi mencapai pertumbuhan tersebut, beberapa tindakan yang dirangka adalah seperti;-
- Melaksanakan Pelan Induk Perindustrian Negeri Selangor dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian ketiga (2006-2020)
- Mengekalkan prestasi pelaburan sedia ada berjumlah RM57 bilion dan menarik pelaburan melebihi RM8 bilion setahun.
- Memastikan projek perindustrian yang diluluskan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang berkenaan secepat mungkin.
- Menyelaras dan memperkemaskan lagi Pusat Pelaburan Negeri bagi membolehkannya berfungsi sebagai pemangkin pembangunan perindustrian di negeri Selangor.
- Mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur tempatan dan asing melalui penglibatan Kerajaan Negeri secara langsung.
- Mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian di Selangor seperti;-
- Selangor Science Park 2
- Selangor Halal Hub di Pulau Indah
- Port Klang Free Zone (PKFZ) 4) Zurah Industrial Park
5) Lain-lain kawasan industri.
- Menggalakkan pertumbuhan industri automotive belt di Hulu Selangor viii. Menggalakkan pertumbuhan industri berteraskan teknologi maklumat ix. Menggalakkan pertumbuhan industri marin di sekitar Pelabuhan Barat.
- Menyediakan prasarana pelaburan dan kawasan industri baru yang kondusif dan strategik di luar Lembah Klang bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan di semua kawasan di Selangor seperti di
Kawasan Lembah Klang Ke-2 dan Selangor Science Park 2
Kerajaan Negeri juga turut mengenal pasti beberapa strategi lain bagi memastikan sektor perindustrian terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada KDNK negeri serta nadi penggerak ekonomi negara amnya dan negeri Selangor khususnya. Strategi tersebut adalah seperti berikut;-
- Menggalakkan sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi, berasaskan pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra alam.
- Menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti;1) `Business and Professional Services
- Integrated Logistic Services
- ICT Related Services
- Distributive Services
- Education and Training Services
- Medical and Health Services
- Tourism Services
- Manufacturing Related Services
- Menggalakkan penglibatan dalam industri berpotensi seperti;
- Biotechnology
- Aviation Industry 3) Solar Industry
- Menjadikan negeri Selangor bukan sahaja sebagai pusat pengeluaran produk tertentu tetapi mewujudkan nilai tambah pasaran produk.
-
Apakah strategi untuk memastikan Selangor kekal sebagai peneraju perindustrian?
Kerajaan negeri telah mengambil beberapa pendekatan bagi memastikan Negeri Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia. Antara langkahlangkah yang telah diambil adalah;-
- Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
- Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
- Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
- Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
- Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
- Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.
- Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara
- Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.
- Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti
- isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.
- Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudah cara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.