Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
196) PERINDUSTRIAN DI SABAK BERNAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kawasan industri yang terdapat di Sabak Bernam?
Kawasan industri yang terdapat di Daerah Sabak Bernam adalah seperti berikut;-
- Sekinchan Ind. Area
- Sungai Besar
- ZON IKS, Sabak Bernam.
-
Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke daerah Sabak Bernam sejak tahun 2008 sehingga kini?
Nilai pelaburan yang masuk ke Daerah Sabak Bernam sejak tahun 2008 sehingga kini adalah sebanyak RM 17,287,702 (17.29 juta)
SABAK BERNAM Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal pelaburan (RM) Sekinchan 1 103 4,793,407 845,895 5,639,302 Sabak Bernam 1 33 2,148,400 0 2,148,400 Sungai Besar 1 66 9,500,000 0 9,500,000 Jumlah 3 202 16,441,807 845,895 17,287,702 Sumber : MIDA
-
Nyatakan jumlah pekerjaan yang diwujudkan dan berapa ramaikah pekerja tempatan yang bekerja?
Jumlah pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 202 potensi peluang pekerjaan
Merujuk kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah rakyat tempatan yang bekerja dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor pada tahun 2012 adalah sebanyak 546,500 orang. Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia hanya menerbitkan maklumat secara keseluruhan sahaja dan tiada maklumat mengikut daerah yang dikeluarkan ketika ini.
(Sumber : Jadual 12, Bilangan Penduduk Bekerja Mengikut Industri Di Negeri
Selangor 2010 – 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia
(https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx)