Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

277) PERINDUSTRIAN DI GOMBAK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan perindustrian dan jumlah kilang di daerah Gombak?

    Kawasan-kawasan perindustrian yang terdapat di daerah Gombak adalah seperti berikut;-

    1. Rawang Perdana Ind. Park
    2. KRI Ind. Area
    3. Greatyear Ind. Area
    4. Greenpark Ind. Centre, Bt 20
    5. PKNS Ind. Park, Bt 16 & 20, Rawang
    6. Sri Hijau Ind Park
    7. Rawang Jaya Ind. Area
    8. Rawang Hi-Tech Ind. Area
    9. Chok San Ind. Area
    10. Belma Johan Ind. Area
    11. Great Wall Plastic Ind. Area
    12. Superbox Ind. Area
    13. Taman Rawang Indah Ind. Area
    14. Rawang Integrated Ind. Park
    15. Taman Velox, Rawang
    16. Teknologi Tinggi Ind. Area
    17. Kundang Ind. Estate
    18. Selayang Utama Ind. Area
    19. Taman Bidara Ind. Area
    20. Light Ind. Area Prima Selayang
    21. Taman Selayang Baru Ind. Area
    22. Selayang Indah Ind. Area
    23. Bolton Ind. Area
    24. Sri Gombak Ind. Area
    25. Dolomite Ind. Area
    26. Sri Batu Caves Ind. Area
    27. Batu Caves Ind. Area
    28. Bukit Rahman Putra Ind. Park
    29. Magilds (Karambunai) Ind. Area
    30. Buloh Jaya Ind. Area
    31. Jaya Ind. Area
    32. Desa Aman Ind. Area
    33. Taman Ehsan Ind. Area
    34. Sri Ehsan Ind. Area
    35. Usaha Ehsan Ind. Area
    36. Bukit Desa Ind. Area
    37. Tago Ind. Area
    38. KIP (Kepong) Ind. Park

    Berdasarkan jumlah lesen perniagaan yang dikeluarkan, sebanyak 1,850 pengusaha industri yang beroperasi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang.

  2. Berapakah nilai pelaburan ke daerah Gombak sejak tahun 2008 hingga 2014?

    Nilai pelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan di Daerah Gombak dari tahun 2008 hingga Mac 2014 adalah sebanyak RM 2.64 bilion daripada 136 projek perkilangan yang diluluskan.

    GOMBAK Projek Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Batu Caves 32 1,438 254,498,593 77,984,238 332,482,831
    Batu Caves IE 3 80 7,642,176 22,508,463 30,150,639
    Gombak 2 108 10,607,446 0 10,607,446
    Selayang 1 42 10,200,000 0 10,200,000
    Ampang Hulu Klang FTZ 1 2,464 10,939,250 575,750 11,515,000
    Ampang Hulu Klang IE 0 0 0 0 0
    Batu Arang 2 34 3,306,923 798,974 4,105,897
    Rawang IE 24 2,239 555,471,345 141,301,275 696,772,620
    Rawang Batu 16 6 535 21,829,210 15,369,524 37,198,734
    Rawang 65 4,734 1,184,409,421 326,610,877 1,511,020,298
    Jumlah 136 11,674 2,058,904,364 585,149,101 2,644,053,465

    Sumber : MIDA

  3. Berapakah jumlah pekerjaan yang dihasilkan dan bagaimanakah penyertaan tenaga kerja rakyat tempatan?

    Jumlah potensi pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 11,674 peluang pekerjaan.

    Merujuk kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah rakyat tempatan yang bekerja dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor pada tahun 2012 adalah sebanyak 546,500 orang. Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia hanya menerbitkan maklumat secara keseluruhan sahaja dan tiada maklumat mengikut daerah yang dikeluarkan ketika ini.

    (Sumber : Jadual 12, Bilangan Penduduk Bekerja Mengikut Industri Di Negeri

    Selangor 2010 – 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia

    (https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx)

Lampiran

Tiada Lampiran.