Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
125) PERINDUSTRIAN DAN PEDAGANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah YB kawasan tidak mendapat maklumat butiran kilang-kilang yang beroperasi di dalam kawasan ADUN itu sendiri?
Maklumat-maklumat berkaitan boleh diperolehi daripada pihak MIDA, Selangor Invest dan MDKS. Sebagai makluman bagi setiap permohonan perusahaan dan kelulusan lesen ianya akan dibentangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa berkaitan yang dihadiri oleh Ahli Majlis sebelum kelulusan dikeluarkan.
Maklumat tersebut adalah merupakan maklumat sulit jabatan yang disimpan oleh pihak jabatan untuk melindungi data peribadi. Pegawai dan kakitangan adalah tertakluk di bawah Arahan Keselamatan Jabatan. Sila ambil maklum bahawa pegawai dan kakitangan Majlis tidak dibenarkan memberikan sebarang maklumat melainkan telah mendapat kebenaran dari Pegawai Pemberi Maklumat Jabatan atau Pegawai Keselamatan Jabatan.