Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
202) PERINCIAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perincian peruntukan RM45 juta dalam Bajet 2017 bagi pengurusan sisa pepejal.
Perincian pengurusan sisa pepejal seperti yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2017 adalah seperti berikut:
BIL. PERKARA PERUNTUKAN (RM) 1. Pengutipan sisa pepejal di Pulau Ketam dan Bagan Sungai Lima 528,000.00 2. Pengoperasian tapak pelupusan sisa lengai di Pulau Ketam 60,000.00 3. Pelaksanaan perkhidmatan kutipan sampah di PBT oleh PMC 21,490,000.00 4. Pertambahan skop kutipan sampah di PBT (Kg. Tradisi dan Strata) 20,000,000.00 JUMLAH 42,078,000.00 -
Nyatakan tempoh pelaksanaan dan impaknya
Peruntukan yang disediakan adalah untuk tempoh pelaksanaan tahun 2017 bagi meningkatkan keberkesanan operasi pembersihan di Negeri Selangor seterusnya kualiti kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.