Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
254) PERINCIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci pecahan peruntukan pembangunan kesihatan bernilai RM136 juta dalam Bajet 2017.
Melalui Belanjawan 2017, Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor telah diperuntukkan belanja pembangunan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM136.1 juta. Butiran peruntukan pembangunan tersebut adalah seperti berikut :
Bil PROGRAM PERUNTUKAN (RM)
ANGGARAN PENERIMA
MANFAAT
(ORANG)
1. Skim Peduli Sihat 125,000,000.00 1,000,000 2. Program Menangani Wabak Denggi 5,000,000.00 Seluruh rakyat 3. Panel Dialisis Sihat Selangor 5,000,000.00 1,000 4. Bantuan Sihat Selangor 500,000.00 300 5. Program Kesihatan Negeri Selangor 600,000.00 Seluruh rakyat JUMLAH 136,100,000.00 -
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan keberkesanan pelaksanaan peruntukan tersebut?
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program-program yang telah dirancang di bawah peruntukan tersebut, tindakan pemantauan dan penilaian semula akan dilakukan oleh agensi pelaksana, iaitu urusetia Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN melalui kerjasama rakanrakan strategik Kerajaan Negeri antaranya seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) dan Selgate Corporation Sdn Bhd. Di samping itu juga, kajian kepuasan pelanggan turut dilaksanakan bagi semua program di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan.
-
Nyatakan sasaran dan anggaran jumlah rakyat yang menerima manfaat dan impak dari peruntukan tersebut.
Sama seperti di SUB(a)