Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

232) PERIKANAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status lesen bot nelayan kelas B dan jumlah permohon yang lulus serta tidak lulus?

    Pada masa kini, tiada lesen baharu dikeluarkan bagi vesel menangkap ikan Zon B mengikut Dasar Pelesenan sedia ada Jabatan Perikanan Malaysia. Sejak tahun 1980an, moratorium bagi pelesenan baharu vesel menangkap ikan di Zon A, B dan C telah dikuatkuasakan.

  2. Berapakah jumlah lesen bot nelayan kelas B yang telah dikeluarkan dan senaraikan mengikut umur?

    Sebanyak 419 vesel menangkap ikan Zon B yang memiliki lesen dibawah Jabatan Perikanan Malaysia telah direkodkan di Selangor yang mana taburan umur pemilik vesel adalah antara 29-76 tahun.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.