Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

87) PERIKANAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain daripada pek makanan, Apakah Jenis bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada para nelayan yang terjejas pendapatan akibat COVID-19?

    Selain daripada pek makanan yang telah diberikan kepada para nelayan, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan bantuan berbentuk baucer petrol dan peralatan menangkap ikan kepada golongan nelayan sejak bermulanya pendemik covid-19 tahun 2020 dan 2021. Pecahan pemberian bantuan tersebut adalah seperti berikut :-

    BIL. JENIS BANTUAN JUMLAH PENERIMA NILAI KESELURUHAN (RM)
    1. Bantuan baucer petrol (nilai RM300/nelayan) 2,524 757,200
    2. Bantuan peralatan menangkap ikan 374 588,950
      JUMLAH 2,898 1,346,150

    Pecahan pemberian bantuan mengikut daerah 2020 – 2021 adalah seperti berikut :-

    BIL. DAERAH BANTUAN PETROL BANTUAN PERALATAN JUMLAH MENGIKUT DAERAH
    1. Sabak Bernam 739 99 838
    2. Kuala Selangor 559 85 644
    3. Klang 648 93 741
    4. Kuala Langat 413 64 477
    5. Sepang 165 33 198
      JUMLAH PENERIMA 2,524 374 2,898

    Bantuan peralatan menangkap ikan adalah seperti pukat, sampan, enjin bot, alat pengesan ikan (fish finder) dan ianya termasuk termasuk tong penyimpanan ikan serta alatan keselamatan nelayan seperti jaket keselamatan dan alat bantuan kecemasan (first aid kit).

  2. Apakah usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi memajukan industri akuakultur di Selangor?

    Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan industri akuakultur di Negeri Selangor adalah dengan memberi bantuan akuakultur kepada pengusaha – pengusaha akuakultur yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia. Bantuan ini diberikan bagi membolehkan pengusaha – pengusaha ini meningkatkan pengeluaran atau sekurang–kurangya kekal dalam industri dalam keadaan kos operasi yang semakin meningkat. Selain itu juga, bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan bilangan pengeluaran sumber protein di Negeri Selangor.

    Bantuan yang diberikan adalah berbentuk peralatan, makanan dan benih ikan, kursus/latihan dan sebagainya.

    PROGRAM PEMBANGUNAN AKUAKULTUR NEGERI SELANGOR  (BANTUAN PERALATAN, MAKANAN DAN BENIH IKAN)

    BANTUAN PERSEKUTUAN   BANTUAN NEGERI
    BIL  TAHUN JUMLAH BANTUAN  BILANGAN PENERIMA JENIS PRORGAM TAHUN JUMLAH BANTUAN BILANGAN PENERIMA  JENIS PROGRAM
     

    1.

     

    2018

     

    0

     

    0

     

    0

    2018 233,000 12 Agropreneur Muda & Bantuan Akuakultur
    2. 2019 205,200 8 SPeKS

     

    2019 80,000 5 Bantuan Akuakultur
    3. 2020 77,600 3 SPeKS

     

    2020 185,580 12 Bantuan Akuakultur
    4, 2021 410,475 21 SPeKS

     

    2021 156,150 21 Bantuan Akuakultur
     

    JUMLAH

     

    693,275

     

    32

       

    JUMLAH

     

     

    654,730

     

    50

     

     

    Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Jabatan Perikanan Selangor Malaysia merancang untuk memajukan industri akuakultur di Negeri Selangor dengan 5 kluster seperti berikut :-

    BIL. PROJEK ANGGARAN KOS PROJEK (RM)
    1. Kluster Pembanguanan Induk 5,851,500
    2. Kluster Pembangunan Pembenihan 1,500,000
    3. Kluster Pembesaran Ternakan Ikan 3,340,000
    4. Kluster Penyimpanan Dan Pemasaran 410,010
    5. Kluster Agro Pelancongan 350,000
    JUMLAH 11,451,510

     

     

     

    Kluster Pembangunan Induk

    Anggaran pengeluaran jangka pendek (2025) dijangka akan ditingkatkan kepada 51,174.81 t.m dan jangka panjang (2030) akan bertambah kepada 101,329.19 t.m.

    Kluster Pembangunan Pembenihan

    Anggara pengeluaran benih di Negeri Selangor dalam jangka pendek dijangka akan meningkat kepada 15,686.67 t.m dan jangka panjang akan bertambah lagi kepada 19,306.66 t.m.

    Kluster Pembesaran Ternakan

    Anggaran pengeluaran ternakan akuakultur di Negeri Selangor dalam jangka pendek dijangka akan meningkat kepada 11,006.39 t.m dan jangka panjang akan bertambah lagi kepada 13,219.69 t.m.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.