Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

71) PERIHAL TAPAK PENYISIHAN PEPEJAL DI MUKIM JERAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembinaan Pusat Penyisihan Sisa Pepejal Sanitary Landfield yang dibina di Ladang Tuan Mee ( Jeram Estate ) di Mukim Jeram bagi Bahagian Barat Laut Selangor menjadi bahan kritikan, kempen popular dan bantahan Kerajaan Negeri sekarang sepanjang Pilihan raya Umum lalu. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menutup atau memindahkan pusat sampah berkenaan ke tempat lain?

    Setakat ini, tiada sebarang cadangan khusus dibuat untuk menutup atau memindahkan
    Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Jeram kerana ia baru memulakan operasi pada
    2007 dan jangka hayat tapak ini masih panjang.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai idea dan cadangan lain bagi membina pusat pelupusan sampah yang lebih sempurna dan lebih baik daripada yang dibina oleh Kerajaan Negeri terdahulu?

    Kerajaan Negeri kini sedang melihat beberapa opsyen yang bersesuaian untuk
    dilaksanakan di Negeri Selangor. Antara teknologi yang dilihat ialah incinerator berskala
    kecil, Material Recovery Facilities (MRF) dan Refuse Derive Fuel (RDF). Ini dijangkakan
    akan dapat memanjangkan lagi tapak pelupusan sampah sisa pepejal sedia ada di
    Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.