Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

85) PERHUTANAN SEMULA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dasar reforestation selepas habisnya aktiviti lombong dan kuari di dalam hutan.

    Selaras dengan dasar perhutanan semula (reforestastion), kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menetapkan langkah-langkah mitigasi untuk dilaksanakan oleh setiap pelesen kuari yang berkaitan dan tertakluk dengan kelulusan EIA. Setiap kawasan kuari yang beroperasi juga adalah tertakluk kepada undang-undang dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh jabatan teknikal berkaitan seperti JAS, JMG, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar dan kawasan hutan berhampiran.

    Kerja-kerja pemulihan dan penghijauan semula kawasan terlibat atau reforestration adalah termasuk dalam syarat-syarat tambahan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan kepada setiap pelesen kuari. Selain itu, syarat untuk melaksanakan reforestration turut dinyatakan dalam surat kelulusan awal kepada pelesen agar sebarang aktiviti dilaksanakan secara mampan dan lestari. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga akan meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi pematuhan setiap kuari ini.

    Selain daripada usaha-usaha pemulihan oleh pihak jabatan, setiap kawasan kuari yang akan tamat tempoh lesen kecil adalah disyaratkan untuk menjalankan kerja-kerja pemuliharaan kawasan hutan berkenaan. Ini adalah untuk memastikan nilai-nilai biodiversiti kawasan berkenaan terpulih dalam jangka masa yang akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.